Kenapa salahkan Dominic? Fans Selangor tampil 'backup' tonggak Sabah


  • Podium
  • Khamis, 19 Okt 2023

Pemain pertahanan negara menerima kecaman selepas didakwa menjadi punca kekalahan Harimau Malaya pada aksi Pestabola Merdeka 2023. — Facebook/FAM

NAMA Dominic Tan menjadi tumpuan dan sebutan dalam kalangan peminat bola sepak tanah air di sebalik kekalahan skuad Harimau Malaya kepada Tajikistan ketika aksi final Pestabola Merdeka 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa.

Aksi yang ditampilkan oleh pemain pertahanan Sabah itu mengundang pelbagai kecaman daripada penyokong apabila didakwa menjadi punca Tajikistan berjaya menjaringkan dua gol.

Kekalahan di laman sendiri itu membuatkan ramai penyokong meletakkan kesalahan kepada tonggak Sabah itu.

Dominic Tan

Reaksi kecewa Dominic Tan (tengah) pada aksi final Pestabola Merdeka. — Bernama

Bagaimanapun, tampil membela pemain pertahanan negara tersebut, terdapat salah seorang penyokong Selangor berasakan kekalahan itu tidak sepatutnya ditanggung oleh Dominic sendiri.

"Kenapa nak salahkan Dominic dan penjaga gol, dekat bawah tu Dominic seorang je ke pertahanan, yang lain sedap lah dapat main atas.

"Dia seorang je dekat bawah. Kalau nak cari salah, salahkan semua player dan kejurulatihan.

"Ni baru betul. Bukan salahkan atas pada satu individu. Bola sepak kerja berpasukan. Satu kesalahan menutup semua perkara positif yang player tu dah buat.

"Walaupun aku bukan fans Sabah, tapi aku memang tak suka player yang terlalu kerap naik atas. Padahal posisi asal adalah lebih penting untuk dijaga. Sekurang-kurangnya, Dominic tu dia amat jarang naik atas dan dia sentiasa ada pada posisi asal dia," kata Irwan Mohd Rasid.

Sebelum ini, Tajikistan pernah menewaskan skuad kebangsaan 0-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas seri tanpa jaringan dalam aksi final Piala Raja Thai di Chiang Mai, Thailand, tahun lalu.

Selepas ini, Malaysia akan memulakan dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2026 yang dijadualkan berlangsung pada November depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram