PASUKAN Liga Super, Perak FC meneruskan momentum cemerlang mereka apabila berjaya mendapatkan kemenangan menentang Negeri Sembilan FC (NSFC).
Bertemu di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, NSFC tidak mampu untuk mengekang asakan pasukan pelawat apabila mereka dikuasai The Bos Gaurus terutamanya ketika separuh masa pertama.
Penguasaan yang ditonjolkan oleh Perak berhasil apabila mereka berjaya juga mendapatkan jaringan di awal separuh masa kedua menerusi Luka Milunovic.
Jaringan yang dihasilkan pemain itu adalah gol pertamanya musim ini dan terjadi menerusi hantaran lintang oleh ketua pasukan iaitu Luciano Guaycochea.
Kemenangan yang diraih Perak itu jelas baik buat skuad Yusri Che Lah kerana mampu meneruskan momentum menewaskan Sabah FC pada aksi suku akhir Piala Malaysia.
Perak mungkin gembira dengan apa yang terjadi, namun tidak untuk NSFC. Kekalahan ini seolah-olah sudah menjadi rutin buat skuad Jang.
Malah, ada penyokong yang mendoakan kekalahan NSFC kerana terlalu kecewa dengan pengurusan kerana gagal mencipta sebuah pasukan terbilang.
"Alhamdulillah, termakbul doaku. Kalah juga," kata penyokong bernama Dak Bang.
"Teruk sangat Negeri Sembilan tahun ni, bolehlah gugurkan semua pemain," komen Amy Amy.
"Dah macam apa dah Negeri Sembilan ni, makin mengarut aku tengok," ujar Muazzam Shah pula.
Dengan prestasi yang semakin menurun, tidak hairan jika penyokong NSFC semakin hampa dan marah dengan skuad kendalian K. Devan ini.
Ada yang mengharapkan pasukan mereka akan terus menjunam, jika tidak ada perubahan dilakukan oleh pihak pengurusan.
"Aku harap hancur je NSFC ni, selagi tak tukar (pengurusan)," kata Faiq Bahar.
“NSFC apa dah jadi sekarang ni? Dah tak minat nak tengok bola,” komen Kilat Kuning.
“Teruskan kalah, pasukan pun macam tak ada hala tuju,” kritik Mohamad Zaki Alias.
Dengan kekalahan ini, NSFC kekal di kedudukan kesembilan liga namun Perak semakin menghampiri mereka apabila jurang sudah mengecil kepada dua mata sahaja. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram