Kekalahan Kedah lebih awal dimaafkan atas sebab misteri


  • Podium
  • Rabu, 20 Sep 2023

Skuad Sang Kenari mengalami kekalahan mengejutkan di tangan pasukan tercorot Liga Super 2023, Kuching City FC pada Selasa. — Facebook/KDA FC

KEDAH Darul Aman (KDA) FC mengalami kekalahan mengejutkan di tangan Kuching City FC dalam aksi suku akhir MFL Challenge Cup di Stadium Negeri, Sarawak pada Selasa.

Persembahan kurang meyakinkan daripada skuad Sang Kenari sepanjang perlawanan akhirnya dihukum pada minit ke-84 oleh tuan rumah menerusi jaringan Abu Kamara.

Meskipun kekalahan berkenaan tidak memastikan penyingkirkan KDA FC daripada MFL Challenge Cup, ia sekali gus menimbulkan tanda tanya mengenai situasi dalaman pasukan itu.

Selepas tersingkir daripada Piala Malaysia di tangan Perak FC, kelab Utara tanah air tersebut meraih keputusan positif dalam Liga Super apabila mengikat Johor Darul Takzim (JDT) di laman sendiri.

379877354_347993334248517_161430527362137891_n

Skuad Sang Kenari gagal membawa pulang bekalan bermakna untuk aksi timbal balik MFL Challenge Cup. Facebook/KDA FC

Mata berharga yang dikutip itu membolehkan skuad kendalian Nafuzi Zain terus bercita-cita untuk menempah slot ke Piala AFC 2024 menerusi kedudukan dalam carta liga.

Mereka yang hanya dibezakan lima mata berbanding Selangor FC di tangga kedua memiliki kelebihan satu perlawanan dalam merealisasikan hasrat penyokong Hijau Kuning.

Namun, kekalahan memalukan kepada Kuching City FC yang berada di kedudukan tercorot Liga Super hanya akan memberi kesan terhadap moral pemain.

Tidak cukup dengan itu, terdapat khabar angin mengatakan wujudnya isu dalaman yang dihadapi pasukan Utara tanah air berkenaan.

WhatsApp Image 2023-09-20 at 17.10.06

Tangkap layar daripada InstaStory laman penyokong skuad Sang Kenari.

Hantaran di Instastory kelab penyokong skuad Sang Kenari, KDA FC Official Fans menampilkan satu mesej tersirat yang menceritakan mengenai hal itu.

"Nak jadi pasukan hebat, kena bermula dari pengurusan yang hebat. Kalau KDA FC menang malam ni (Selasa), memang saya tabik kepada semua pemain dan jurulatih. Kalau kalah pun tidak mengapa, kami faham situasi anda," tulisnya.

Sebelum ini, perkara berkenaan pernah disebarkan di media sosial, namun tiada pengesahan lanjut daripada mana-mana pihak mengenai hal pengurusan.

KDA FC yang kini berada di bawah pemilikan usahawan tanah air, Tan Sri Mohd Daud Bakar memiliki satu harapan cukup tinggi selepas melakukan perbelanjaan cukup besar awal musim lalu.

Selain membawa masuk pemain-pemain tempatan, skuad Sang Kenari turut diperkuatkan dengan kehadiran import ternama seperti Ifedayo Olusegun serta Manuel Hidalgo. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram