'Kaki sejuk' dikata punca Sang Kenari tunduk di bumi Kuching


  • Podium
  • Selasa, 19 Sep 2023

Sekitar perlawanan Sang Kenari berdepan Kuching City dalam saingan suku akhir Challenge Cup pada Selasa. — Facebook/KDAFC

KUCHING City FC mengejutkan penyokong tanah air selepas berjaya menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC dengan keputusan 1-0 dalam saingan suku akhir pertama Challenge Cup di Stadium Stadium Negeri, Kuching, Sarawak pada Selasa.

Kemenangan itu menyaksikan skuad The Cats berjaya membawa bekalan selesa untuk perlawanan timbal balik pada 4 Oktober nanti di laman lawan.

Dalam babak pertama perlawanan, pasukan tuan rumah memiliki kelebihan kerana banyak mencipta serangan menerusi Abu Kamara yang melakukan percubaan ke arah pintu gawang pelawat namun gagal mencetak sebarang jaringan.

KEDAH VS KUCHING 1

Sebahagian aksi Ifedayo Olusegun dikawal ketat oleh pemain Kuching City. — Facebook/KDAFC

Permainan agak seimbang antara kedua-dua pasukan yang menyaksikan kedudukan terikat 0-0 hingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, anak-anak buah Aidil Sharin Sahak bermula garang apabila berani melakukan percubaan demi percubaan namun masih gagal merobek gawang lawan.

Dalam perlawanan tersebut itu juga, skuad kendalian Nafuzi Zain dilihat sukar untuk melakukan percubaan ke arah pintu gawang tuan rumah.

Bagaimanapun, kerapuhan benteng Sang Kenari membenarkan penyerang berbisa The Cats, Abu Kamara memecahkan kebuntuan apabila mencetak jaringan pada minit ke-85 sekali gus menewaskan penjaga gol Sang Kenari, Ifwat Akmal.

Menariknya perlawanan itu, gol tunggal berjaya dicetak oleh skuad kendalian Aidil kerana dilihat bijak mengambil peluang untuk menembusi benteng pertahanan pasukan Hijau Kuning yang longgar.

Dalam pada itu, rata-rata penyokong Sang Kenari berasakan corak permainan yang ditampilkan oleh Sang Kenari tidak seperti ketika berdepan Johor Darul Takzim (JDT) yang mampu mengikat pasukan gergasi selatan tanah air itu dalam aksi Liga Super.

Penyokong Hijau Kuning juga beranggapan bahawa tempoh rehat Liga Malaysia punca kekalahan tersebut.

"Mana pergi semangat time lawan JDT? Inilah masalahnya bila Liga Malaysia stop lama, pakat sejuk habis, Harap second half kita lebih garang," kata Kudin Kickdafella.

"Game tak best. Mana pergi performance lawan JDT hari tu. Second half baru mai kot," kata Mikhail Hilmi.

"Aikkkk..mana semangat masa pamerkan perlawanan terbaik Liga Super bulan lepas," kata Ahmad Ayadh. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram