Impian miliki rumah sendiri dengan cara mudah, usahawan kecil rasa berbaloi sertai Langgan & Menang Majoriti


  • Bizz
  • Rabu, 20 Sep 2023

Eman Firdaus Azman Azhare bersama hadiah mingguan kempen Langgan dan Menang iaitu minyak wangi Nina Ricci Nina Rouge EDT 80 ml.

PEMENANG minggu keempat, Eman Firdaus Azman Azhare, 32, mengimpikan hadiah utama berupa kondo selepas diumumkan sebagai pemenang mingguan kempen Langgan dan Menang Majoriti.

Menurutnya, dia yang memenangi minyak wangi Nina Ricci Nina Rouge EDT 80 ml meluahkan rasa gembiranya selepas mendapat tahu masih berpeluang untuk mendapat hadiah utama.

"Saya mula-mula tidak berharap untuk menang pun, tetapi bila dapat tahu saya berpeluang lagi menang hadiah utama iaitu rumah memang saya teruja,

"Kalau boleh memang saya idamkan dan mahu tinggal di rumah kondo ini sebenarnya," katanya kepada Majoriti.

msg1050426791-16686

Eman Firdaus merupakan salah seorang pemenang kempen Langgan dan Menang minggu keempat.

Eman yang juga seorang usahawan menjual barangan rumah dan aksesori DIY itu tidak menafikan bahawa kempen Langgan dan Menang Majoriti sangat berbaloi untuk dilanggan.

"Saya rasa memang berbaloi sebab bayar RM30 sahaja dan boleh menang pelbagai hadiah menarik.

Pada masa yang sama, Eman juga berpuas hati dengan proses langganannya kerana mengambil masa yang singkat untuk diumumkan sebagai pemenang mingguan.

"Saya terkejut juga pada mulanya sebab selepas dua atau tiga hari langgan sudah jadi pemenang," tambahnya lagi.

Sementara itu, kempen Langgan dan Menang Majoriti yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.

Antara hadiah lumayan bakal dibawa pulang meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah Aeon Co (M) Bhd (Aeon) mencecah RM50,000; Kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram