Muak dengan Boakye, fans Selangor mahu TCH bagi Rauf Salifu peluang lawan Terengganu


  • Podium
  • Ahad, 17 Sep 2023

Richmond Boakye semakin tidak digemari oleh penyokong Selangor FC. — Facebook/Selangor FC

SELANGOR FC mengharungi jalan berliku dalam misi menempah tempat ke separuh akhir Piala Malaysia selepas kalah kepada Terengganu FC 0-2 pada Sabtu.

Gol daripada Ivan Mamut dan Syahmi Zamri berjaya memberikan kemenangan buat skuad Tomislav Steinbruckner serta bekalan selesa menjelang aksi kedua di Petaling Jaya pada 24 September ini.

Bagi Gergasi Merah, tugas berat menanti mereka untuk kembali mengejar Terengganu sekali gus mendapatkan semula penguasaan terhadap perlawanan suku akhir ini.

Melihat kekalahan pada aksi pertama, rata-rata penyokong Selangor kecewa dengan persembahan para pemain yang tidak mampu memberikan cabaran serta mendapatkan gol untuk mengurangkan defisit.

Malah, kekecewaan penyokong Selangor tertumpu kepada penyerang import iaitu Richmond Boakye yang sekali lagi dianggap tidak memberikan persembahan diharapkan.

Selepas perlawanan menentang Terengganu, penyokong Selangor berpendapat Boakye tidak mampu untuk beraksi dalam perlawanan yang bertekanan tinggi seperti aksi suku akhir Piala Malaysia.

Mereka yang sudah muak dengan persembahan longlai Boakye mahu pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe tidak lagi menurunkan pemain tersebut sebaliknya memberikan peluang kepada seorang lagi penyerang import iaitu Rauf Salifu.

Salifu yang berusia 21 tahun merupakan penyerang yang jarang diturunkan oleh Cheng Hoe. Walaupun aksinya cuma terhad kepada lima penampilan di Liga Super, tetapi pemain berasal dari Ghana berjaya mendapatkan dua gol.

Walaupun jarang diturunkan tetapi penyokong Selangor berasa teruja setiap kali Salifu diturunkan.

"Boakye, dah expired tu," kata penyokong bernama Aman Z.

"Boakye tu ganti (dengan) Salifu je la," ujar Annuar Khairul D'sara.

"Boakye dah boleh tukar dengan Salifu, function sikit," komen Kyrul Azahar.

"Boakye tu dah boleh letak dekat pasukan simpanan atau Selangor 2. Elok lagi Salifu main," cadang Nabil Rusyaidi Ghazali.

379627054_332108315877825_6106114707027697593_n

Boakye dianggap pemalas oleh penyokong Gergasi Merah kerana tidak mahu melakukan 'pressing'. — Facebook/MFL

Ada juga yang berpendapat sudah tiba masanya Boakye dihantar pulang ke negara asalnya kerana tidak menyumbang kepada Selangor. Ada juga yang mahu Boakye disisihkan daripada skuad Selangor akibat prestasinya.

"Boakye perlu dihantar pulang," kata Kahar Mustafa.

"Ayron del Valle eloklah diletakkan dekat posisi center forward. Boakye tolonglah hantar balik kampung," cadang Al Azhar Cairo.

"Boakye ni malas betul, elok dihantar balik," komen RK Aizad.

Setakat musim ini, Boakye telah menghasilkan lima gol dan tiga bantuan gol dalam tujuh aksi Liga Super. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram