Kelayakan AFC B-23: Fans pertikai keputusan Elavarasan gantikan penyerang dengan pertahanan


  • Podium
  • Jumaat, 08 Sep 2023

Haqimi Azim terpaksa disisihkan daripada skuad negara akibat mengalami kecederaan. — Facebook/FAM

KEM skuad B-23 Malaysia mengalami gangguan dalam perjalanan mereka untuk berhadapan aksi kedua saingan kelayakan Piala Asia B-23 menentang Filipina pada Sabtu.

Skuad kendalian E. Elavarasan mengalami isu kecederaan melibatkan penyerang iaitu Haqimi Azim. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), nama pemain Kuala Lumpur (KL) City FC itu terpaksa diketepikan kerana mengalami kecederaan.

Kecederaan yang dialami Haqimi Azim memaksa pemain tersebut disisihkan daripada baki saingan kelayakan di Chonburi, Thailand dan ini memerlukan FAM melakukan penggantian pemain.

Tempat yang terpaksa dikosongkan oleh Haqimi Azim diisi oleh pemain Perak FC, Nik Umar Nik Aziz namun dia bukanlah seorang penyerang. Sebaliknya, Umar adalah pemain pertahanan yang beraksi di bahagian pertahanan tengah.

Keputusan menggantikan Haqimi Azim dengan Umar yang beraksi di dua posisi berbeza jelas sekali sukar diterima penyokong Malaysia.

Melihat kepada persembahan berhempas-pulas menentang Bangladesh tempoh hari kerana ketumpulan penyudah, penyokong mengharapkan ada pilihan berbeza di bahagian serangan bagi menghadapi Filipina dan Thailand. Namun begitu, pertahanan pula yang dibawa masuk.

"Penyerang yang cedera, yang ganti pertahanan?," soal penyokong bernama muzammilshahabdrazak.

"Yang cedera penyerang, yang datang pertahanan. Kalau layak ke Piala Asia B-23 eloklah tukar jurulatih. Takkan nak tunggu kena bantai dulu baru nak tukar jurulatih? Kena bantai nanti buat malu saja," kata penyokong bernama asyr4ffx._ .

"Pertahanan ganti penyerang, mantap coach," tulis _.rulz pula dalam nada memerli.

Rata-rata penyokong tidak gembira dengan berita kecederaan Haqimi Azim kerana menyedari jika dia diturunkan, impak berbeza akan dibawa kepada serangan negara.

"Sayang Haqimi. Dia (mempunyai) ketinggian, top speed padu, tengok (bila) dia main Merlion Cup haritu," ujar zuliciaga.

1906545

Kehilangan Haqimi Azim mengurangkan pilihan Malaysia di bahagian serangan. — Agensi

"Semoga Haqimi cepat sembuh," tulis buatbaikjadibaik pula.

Ada juga penyokong yang memberikan alternatif kepada Haqimi Azim dengan memanggil penyerang Perak FC II iaitu Hakimi Isa.

"Baik ganti dengan penyerang Perak, Hakimi Isa," cadang lokman.norazhar.

Walaupun keputusan itu tidak disenangi oleh penyokong, harapnya ia akan memberikan impak positif kepada Harimau Muda menjelang baki dua perlawanan kelayakan.

Diharap kehilangan Haqimi Azim tidak memberikan kesan mendalam kepada barisan serangan skuad negara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram