‘Bosan tengok JDT belasah kelab Liga M’, ekor Harimau Selatan ‘request’ perlawanan macam pra musim


  • Podium
  • Jumaat, 01 Sep 2023

Pasukan JDT menjalani perlawanan pra musim di Dubai awal musim ini.

JADUAL perlawanan persahabatan antarabangsa bakal membuka tirai bermula bulan ini selepas kesemua negara sudah mula memanggil pemain kebangsaan pasukan masing-masing.

Harimau Malaya turut tidak ketinggalan memanggil 26 pemain terbaik untuk menghadapi dua perlawanan persahabatan menentang China dan Syria di Chengdu, China.

Ia sekali gus menyebabkan Liga Super terpaksa berehat selama dua minggu bagi memberi laluan kepada beberapa pemain utama kelab Liga Malaysia (Liga M) untuk menyertai pasukan Kim Pan-gon.

Seramai 10 pemain Johor Darul Takzim (JDT) dipanggil untuk beraksi dalam dua perlawanan persahabatan itu yang mana rata-ratanya merupakan tonggak utama pasukan.

Dengan ketiadaan pemain utama serta Liga M berhenti buat seketika, penyokong Johor mahu Harimau Selatan mengadakan perlawanan persahabatan bagi persediaan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

JDT Levi

Antara aksi pemain JDT ketika menentang Levski Sofia pada pra musim 2023.

JDT akan memulakan perlawanan ACL pertama menentang Kawasaki Frontale pada 19 September di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.

Namun permintaan penyokong JDT untuk diadakan perlawanan persahabatan itu bukanlah menentang pasukan Liga Malaysia tetapi dengan kelab luar negara.

"Perlawanan JDT lama lagi, harap ada buat perlawanan persahabatan dengan mana-mana pasukan yang berminat," kata Luaskan Kuasamu.

"Harap JDT boleh buat perlawanan dengan Bayern Munich, Chelsea atau Manchester United, kita benam sahaja mereka," ujar Done Claim.

"Kalau lama-lama sangat tak ada perlawanan risau juga pemain JDT lemau, kalau buat 'game' lawan pasukan macam dekat Dubai itu seronok juga," luah Hrv Miky.

"Layan kelab luar lagi bagus, sebab dah bosan tengok pasukan yang ada asyik kena belasah sahaja," jelas AzzarEira Botey.

Sebelum ini, JDT diundi berdepan kelab Korea Selatan, Ulsan Hyundai, pasukan Jepun, Kawasaki Frontale dan BG Pathum dari Thailand yang berstatus naib juara Liga Thai 1 2022. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram