Masih belum 'full house', cuaca antara faktor fans Kedah berat hati nak turun stadium


  • Podium
  • Sabtu, 26 Ogos 2023

Keadaan Stadium Darul Aman jika hujan lebat berlaku dalam perlawanan Kedah dan JDT. — Facebook

PERLAWANAN di antara Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Johor Darul Takzim (JDT) pastinya akan menjadi tumpuan seluruh penyokong bola sepak pada Sabtu.

Dua gergasi bola sepak negara ini mempunyai sejarah panjang yang penuh dengan pelbagai drama serta kontroversi dalam dan luar padang.

Bagi Sang Kenari, perlawanan menentang JDT amat penting buat mereka untuk merapatkan jurang mata dengan Selangor FC bagi merebut kedudukan tempat kedua Liga Super.

Namun begitu, draf kehangatan perlawanan pada Sabtu dilihat sedikit menurun apabila hanya 5,100 tiket yang terjual setakat pukul 1 petang ini.

Stadium Darul Aman, Kedah boleh memuatkan 20,000 penonton dalam satu-satu masa dan menjadi persoalan adakah penyokong Sang Kenari mampu memenuhi venue perlawanan itu.

Ia kerana penyokong-penyokong Hijau Kuning ramai mengatakan cuaca hujan lebat antara faktor buat mereka sukar untuk membeli tiket dan menyaksikan perlawanan menentang JDT.

Manakala fasiliti stadium yang tiada bumbung untuk memberikan keselesaan buat penyokong antara salah satu punca 'pemain ke-12' berfikir untuk turun memberikan sokongan buat pasukan.

Tiket KDA-JDT

Angka semasa penjualan tiket perlawanan JDT dan Kedah setakat pukul 1 petang. Facebook/KDA FC

"Dapat lebih 10,000 penonton pun dah okay untuk Kedah Darul Aman," kata Alif Jeffery.

"Siapa yang turun stadium malam ini siap sedia dengan baju hujan," ujar Lalang Sejati.

"Kalau pergi pukul 6 petang pun tak habis lagi tiket rasanya kalau macam ini," jelas Nabila Ahmad.

"Cuasa tak berapa cantik pula hari ini (Sabtu), kalau petang ini elok boleh pergi beli tiket, harap cerah sampai malam," luah Zamri Zsa.

Sebelum ini, Kedah tewas di tangan JDT dengan keputusan 0-6 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Johor pada 9 April lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram