CABARAN besar menanti Kedah Darul Aman (KDA FC) apabila menerima kunjungan Johor Darul Takzim (JDT) dalam saingan Liga Super 2023 di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah pada Sabtu.
Kapten Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Manuel Ott berkata, Sang Kenari akan beraksi dengan cara mereka tersendiri tanpa sebarang tekanan dan paksaan untuk bertemu JDT di halaman sendiri.
"Semestinya kami teruja dengan perlawanan esok (Sabtu) tanpa sebarang paksaan atau tekanan untuk melayani kunjungan JDT. Kedah akan bermain dengan cara kami tersendiri.
"Bagi saya keputusan itu sangat penting, cara permainan dan semuanya itu penting tetapi saya tak rasa sebarang tekanan untuk esok.
"Kami akan berikan yang terbaik dan buat sehabis baik untuk penyokong dan kita akan lihat apa yang Kedah boleh buat esok," katanya pada Nadi Arena.
Manuel Ott mahu berikan yang terbaik ketika menentang JDT pada Sabtu. — Nadi Arena
Tambahnya lagi, setiap perlawanan ketika ini sangat penting untuk merapatkan jurang dengan pasukan Selangor FC yang kini berada di kedudukan kedua Liga Super.
"Kami di sini untuk mengutip mata dan kedudukan tempat kedua juga masih terbuka, dengan kami masih ada beberapa lagi baki perlawanan.
"Kedah hanya dibezakan tiga mata sahaja dengan Selangor jadi dengan prestasi semasa pasukan pastinya kami akan menyasarkan kedudukan terbaik dalam Liga Super.
"Jadi ia sangat penting untuk kami kutip setiap mata, jadi keputusan esok kami tidak akan bermain bertahan," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram