Laungan 'Zambual', emoji marah iringi kejayaan Selangor pecah rekod JDT benam Kelantan


  • Podium
  • Jumaat, 25 Ogos 2023

Antara aksi perlawanan di antara Kelantan FC dan Selangor FC pada Jumaat.

SELANGOR FC kembali bangkit daripada ketinggalan apabila membenam Kelantan FC dengan keputusan 11-2 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan pada Jumaat.

Kelantan bermula garang apabila membolosi gawang gol pasukan pelawat, Selangor menerusi sepakan penalti pada minit kelima selepas Harith Haikal mengasari Natanael Siringoringo dalam kotak penalti.

Selang lapan minit kemudian, Kelantan sekali lagi mencalarkan ego Selangor menerusi jaringan Fazrul Amir apabila Shahrul Nazeem melakukan kesilapan.

Boakye

Boakye menjaringkan hatrik pertama bersama Selangor. Facebook/Selangor FC

Namun begitu, Selangor kembali bangkit menjaringkan empat gol menerusi Yohandry Orozco, Sharul Nazeem, Ayron del Valle (dua gol) sebelum pengadil perlawanan, Muhammad Nazmi Nasaruddin meniupkan wisel penamat pada separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, bekas penyerang Juventus, Richmond Boakye berjaya mencatatkan nama selaku penjaring Gergasi Merah pada minit ke-47.

Apa yang lebih menarik, Faisal Halim hanya memerlukan lima minit untuk memberitahu bahawa dia sudah kembali dalam Liga Super dengan dua jaringan gol pada minit ke-49 dan 52 permainan.

Ayron pula mencatatkan hatrik pada minit ke-62 sekali gus dia merupakan penjaring terbanyak Liga Super dengan 21 jaringan.

Manakala Boaykemenutup akaun jaringan Selangor dengan dua gol pada minit ke-78 dan minit ke-85 sekali gus melakarkan hatrik pertama bersama Gergasi Merah.

Ayron pula memecahkan rekod jaringan 10 gol JDT apabila menjaringkan gol terakhir pada minit ke-87 permainan.

Ayron Del Valle

Ayron menjaringkan empat gol menentang Kelantan. Facebook/Selangor FC

Keputusan kekal 2-11 sehingga tamat perlawanan.

Kembalinya Faisal Halim ke dalam pasukan Selangor sememangnya mengembirakan penyokong Gergasi Merah meskipun mereka bermula perlahanan.

"Macam main FIFA dengan kawan-kawan bagi dia gol dulu buat sedap hati sebab tahu susah kawan nak menang," kata Muhd Haqim.

"Jangan banyak sangat gol itu, nanti ada yang koyak," jelas Fendy Aziz.

"Faisal Halim is 'back' macam ini baru sedap tengok game Selangor," ujar Andika Tirana.

Dalam pada itu, ada penyokong Selangor yang berasa kasihan dengan pasukan Kelantan yang mana semakin teruk di bawah pengurusan Norizam Tukiman.

"Teruk sangat dah team Zamsaham ini, jahanam pasukan Kelantan," luah Afiz Fahmy.

"Kesian tengok pemain-pemain Kelantan, kena kerah macam-macam dengan owner tapi gaji tak nak bayar on time," kata Apis Azim.

"Harap Tan Cheng Hoe boleh selamatkan bakat seperti Fazrul Amir dan Muhaimin Izuddin dengan bawa mereka berdua ke Selangor musim depan," jelas Rosmazlan Rashid.

WhatsApp Image 2023-08-25 at 10.52.19 PM

Penyokong TRW tidak dapat sembunyikan kemarahan kepada Norizam.

Berbeza pula situasi di stadium apabila penyokong-penyokong Kelantan jelas menunjukkan rasa tidak puas hati kepada pemilik Kelantan, Norizam Tukiman dengan laungan 'Zambual' disertakan emoji marah yang dibentuk pemain ke-12 The Red Warriors (TRW).

Selangor kini kekal berada di tangga kedua Liga Super dibezakan enam mata dengan Kedah Darul Aman FC yang akan melayani kunjungan JDT pada Sabtu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram