[VIDEO] 'Rasuah anak menantu dah terbongkar', rakyat tolak Muhyiddin, yakin PH terus berkuasa pada PRN


  • Politik
  • Khamis, 10 Ogos 2023

Muhyiddin menerima kecaman dengan parti Perikatan Nasional juga dijangka akan kecundang pada PRN nanti. — Bernama

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin mengemukakan dua individu yang didakwa terlibat dalam kes rasuah dan penyelewengan berhubung projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

Dua individu tersebut ialah Datuk Muhammad Adlan Berhan dan Mansoor Saat dengan kedua-duanya dikhabarkan telah meninggalkan Malaysia pada 17 dan 21 Mei lalu.

Lebih mencuri perhatian, Muhammad Adlan merupakan menantu kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ia sekali gus mengundang perhatian sebilangan penyokong parti politik yang kian meragui tahap ketulusan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) tersebut.

Dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang semakin menghampiri detiknya, ia sedikit sebanyak menjejaskan kepercayaan sebilangan pihak yang turut menggesa agar Muhammad Adlan segera pulang dan tampil memberikan penjelasan berhubung dakwaan itu.

sppp

Notis yang dikeluarkan oleh SPRM berkaitan dua individu yang dikesan untuk membantu siasatan kes rasuah. — SPRM

Namun, Muhammad Adlan pada Rabu menjelaskan bahawa tindakannya meninggalkan Malaysia dilakukan secara sah dan tidak pernah ditangkap atau dipanggil SPRM bagi membantu siasatan sebelum ini.

Peguam yang mewakili Muhammad Adlan, Datuk Baljit Singh Sidhu berkata, anak guamnya dihubungi SPRM dan menjawab secara bertulis melalui surat bertarikh 3 Jun lalu dengan menyatakan keluar negeri atas satu urusan dan akan kembali selepas hal itu selesai.

Namun, sehingga kini masih belum ada sebarang tangkapan mahupun penjelasan lanjut berkaitan lokasi dan keberadaan beliau.

Ia secara tidak langsung menjejaskan kempen PN diketuai Muhyiddin Yassin yang mula menerima kecaman serta dakwaan 'penipu' daripada orang ramai.

Di laman Facebook, rata-ratanya menghentam bekas Perdana Menteri tersebut dengan sebahagian daripadanya mula menidakkan kredibiliti PN selaku kerajaan pilihan dalam PRN nanti.

"Rasuah anak menantu dah terbongkar, nampak sangat Muhammad Adlan larikan diri lepas dah kantoi kes SPRM dia, Muhyiddin pun langsung tak keluarkan kenyataan sampai ke hari ini," kata Ghazali Anuar.

"Susah la nak undi PN pada PRN nanti kalau macam ini gayanya, anak menantu pun ada isu rasuah dan yang paling tidak boleh diterima, dia melarikan diri ke luar negara, kalau tak salah kenapa perlu takut," ujar Yahaya Roslan.

"Ingatkan lepas kes SPRM Muhyiddin dah boleh selesai dan reda sekejap, tetapi menantu dia pula buat masalah dan sama juga isu rasuah, kecundang la PRN nanti Perikatan Nasional, pengundi akan kekal percayakan Pakatan Harapan," jelas Umie Rohayatul.

Dalam pada itu, segelintir penyokong PN juga kian beralih angin susulan isu berkenaan yang dianggap terlampau kritikal menjelang PRN 12 Ogos nanti.

"PRN dah semakin dekat, kalau macam ini gayanya memang penyokong PN pun akan angkat kaki, lebih baik PH yang kekal berkuasa, Muhyiddin kena tampil bersuara dan menantunya perlu berani berdepan dengan dakwaan rasuah, bukan terus berdiam diri," tambah Mohd Syakirin.

Dalam pada itu, Baljit Singh Sidhu berkata, anak guamnya akan kembali ke tanah air dalam tempoh terdekat.

“Anak guam kami secara mutlak menyatakan beliau tidak bersalah dan berhak untuk tidak dibicarakan di mahkamah umum oleh mana-mana agensi penguatkuasaan.

"Beliau bersedia membantu sebarang siasatan dan percaya kepada proses kehakiman tetapi pada masa yang sama ia perlu melindungi hak dan kebebasannya mengikut undang-undang.

"Anak guam kami menyatakan bahawa beliau pasti akan pulang ke Malaysia secepat mungkin untuk menjawab semua persoalan dan membantu SPRM dalam sebarang siasatan selagi mana tiada unsur ancaman dan penganiayaan terhadapnya," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram