Tanpa kreativiti Lee Tuck dan ubi muda tak 'function', Sang Kenari hanya mampu 'terbang rendah' di Kuching


  • Podium
  • Sabtu, 29 Jul 2023

Ifedayo meraikan bersama rakan sepasukan selepas mencetak jaringan tunggal buat Kedah. — Facebook/KDAFC

KEDAH Darul Aman FC berjaya mengekalkan rentak kemenangan dalam tiga perlawanan berturut-turut selepas menang tipis 1-0 ke atas Kuching City FC dalam saingan Liga Super 2023 pada Sabtu.

Penyerang import, Ifedayo Olusegun muncul wira Kedah apabila jaringannya sudah cukup membantu pasukan Utara tanah air itu menang pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak.

Sebaik perlawanan dimulakan, KDA FC menunjuukan kekuatan mereka dengan terlebih dulu mengatur serangan untuk memburu gol awal untuk membangkit semangat bertarung di gelanggang lawan.

Percubaan demi percubaan dilakukan pada separuh masa pertama membuahkan hasil apabila sepakan penjuru dari Manuel Hidalgo memberi memberi peluang kepada Ifedayo menjaringkan gol pertama untuk Sang Kenari pada minit ke-39.

Jaringan tunggal di Kuching itu merupakan gol keempat dalam akaun gol pemain kelahiran Nigeria itu dalam tiga perlawanan Liga Super sejak dia menyertai Sang Kenari pada jendela perpindahan kedua musim ini.

Bersambung babak kedua, menyaksikan kedua-dua pasukan saling mengasak di antara satu sama lain, namun kedua-dua pasuka buntu untuk mendapatkan gol sehingga wisel penamat dibunyikan.

Meskipun skuad kendalian Nafuzi Zain mengutip tiga mata penuh namun ada sebahagian penyokong Kedah berpendapat aksi tersebut kurang memberi menarik selepas kehilangan tonggak tengah, Lee Tuck.

WhatsApp Image 2023-07-29 at 22.25.06

Aiman tampil dalam tiga aksi Liga Super musim ini. — Facebook/KDAFC

Selain, ada dalam kalangan penyokong turut tidak bersetuju dengan Nafuzi apabila menurunkan pemain muda, Aiman Afif dalam kebelasan utama pada aksi menentang Kuching itu.

“Ketiadaan Lee Tuck menghilangkan kreativiti di bahagian tengah KDA FC,” kata penyokong Sang Kenari, Alifiman Iman.

“Memang perit lawan pasukan bertahan dengan defend import saiz macam itu...Aiman Afif agak kurang membantu...banyak musim dah tanpa peningkatan corak permainan, masih kurang yakin dan agak lost,” luah penyokong Hijau Kuning, Firdz Aja.

“Aiman dapat bola banyak tapi dia tak cukup keras depan gol,” jelas penyokong Kedah, Alif.

Kedah kini berada di tangga ketiga dengan 37 mata, manakala skuad The Cats pula masih di berada di tangga ke-13 liga dengan tujuh mata. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram