‘FAM dah ada fans, lepas 18 game Liga Super baru umum ada penyingkiran lagi menarik berbanding hukuman Mickey’


  • Podium
  • Sabtu, 29 Jul 2023

Faisal digantung selama empat bulan oleh FAM. — Facebook/SelangorFC

PROSPEK utama Selangor FC, Faisal Halim secara rasmi akan berehat panjang daripada saingan Liga Super musim ini apabila dia digantung empat bulan, dengan sebulan secara automatik oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Hukuman terbabit turut disahkan oleh pihak pengurusan skuad Gergasi Merah menerusi satu kenyataan media pada Rabu lalu yang turut memaklumkan Jawatankuasa Tatatertib FAM mengenakan tindakan terbabit.

Tindakan itu dibuat susulan kenyataan media yang dibuat pemain yang mesra dipanggil Mickey itu selepas perlawanan menentang Sabah pada 27 April lalu.

Keputusan FAM itu sudah semestinya menjadi bualan dalam kalangan penyokong bola sepak tanah air kerana dianggap tidak adil buat pemain kebangsaan itu sedangkan ada isu lain yang lebih besar patut dibangkitkan oleh FAM pada ketika ini.

2203047

Penggantungan itu dibuat susulan kenyataan media yang dibuat Mickey itu selepas perlawanan menentang Sabah pada 27 April lalu. — Facebook/SelangorFC

Tidak terlepas memberi pandangan mengenai isu tersebut ialah pemerhati sukan, Zuraimi Zukri yang mengkritik tindakan FAM serta Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

"Dahulu sedap cakap pasal FAM, sekarang mereka dah ada fans (penyokong). Jadi pasal Faisal susah nak komen, nanti kecil hati fans FAM.

"Menariknya, fans FAM 'auto' fans MFL. Kelab senior dan Bawah 23 tahun (B23). Jadi hal Faisal itu biarlah dulu. Hal liga sudah berjalan 18 perlawanan baru umum ada penyingkiran lebih menarik," katanya.

Zuraimi turut sempat memberi contoh bagaimana Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mengambil masa yang panjang untuk melakukan perubahan untuk memastikan tiada lubang kosong yang boleh diekspolitasi mana-mana pihak.

Kerja keras TMJ menjadikan nama pasukan Harimau Selatan sebagai satu skuad yang gah dan digeruni.

JDT merupakan antara pasukan tempatan yang terawal memperolehi status swasta apabila Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sah menjadi pemilik kelab itu pada 2013.

Kenyataannya itu turut dipersetujui seorang penyokong, Muhammad Israr yang menggangap keputusan yang dibuat oleh FAM dan MFL sering menimbulkan persoalan.

"Sayang tak reset liga betul-betul. Peralihan ke swasta tak sepenuhnya lagi. Patut nama kelab berasaskan negeri dimansuhkan. Guna nama tempat fans based saja.

"Kejap nak ikut model Liga Perdana Inggeris (EPL), selepas itu tukar Spain. Tahun depan ikut Jepun pula. Tak tau nak fokus mana satu," katanya.

Untuk rekod, Johor Darul Takzim (JDT) merupakan antara pasukan tempatan yang terawal memperolehi status swasta apabila Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sah menjadi pemilik kelab itu pada 2013.

Langkah-langkah tersebut kemudiannya diteruskan kelab-kelab lain yang tidak lagi mahu bergantung kepada kerajaan negeri masing-masing. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram