'Kenapa bukan Kedah atau TFC?', fans faham sebab Kogi pilih Harimau Kumbang


  • Podium
  • Jumaat, 21 Jul 2023

Kogi dikatakan boleh mendapatkan lebih banyak masa beraksi di atas padang jika dia menyertai Penang FC berbanding kelab-kelab elit lain.

KEDUDUKAN Penang FC dalam carta Liga Super musim ini terus digugat kelab-kelab bola sepak tempatan apabila ditewaskan Selangor FC 0-3 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya, Selangor pada Sabtu lalu.

Kekalahan kelapan yang dicetak daripada 17 perlawanan setakat ini membuatkan skuad Harimau Kumbang turun satu anak tangga ke kedudukan kesembilan dalam carta kejohanan domestik itu.

Keputusan tersebut nyata terlalu pahit untuk ditelan bagi peminat-peminat pasukan tersebut yang kecewa dengan prestasi serta hala tuju yang diterapkan oleh pihak pengurusan.

Tidak cukup dengan itu, episod derita pasukan Utara tanah air itu diteruskan apabila pemain import mereka, Giovane Gomes disahkan bakal meninggalkan Penang FC pada Isnin walaupun sudah menyumbang empat gol menerusi 13 penampilannya dalam Liga Super musim ini.

Perkara tersebut menambah beban dan tanggungjawab kepada penyerang muda mereka, Alif Ikmalrizal Anuar untuk mendapatkan jaringan.

Pada saat pasukan tersebut dilanda krisis seakan tidak berkesudahan, mereka menerima kemasukan bintang kelab Korea Selatan, Chungbuk Cheongju FC iaitu R. Kogileswaran sebagai tonggak terbaharu membantu perkukuh jentera serangan pasukan Utara tanah air tersebut.

Kogileswaran atau lebih mesra dipanggil Kogi itu sebelum ini dihujani spekulasi bahawa persembahan kurang bermutu antara faktor pemain berusia 24 tahun itu disingirkan daripada kelab yang berpangkalan di Korea Selatan itu.

Tidak cukup dengan itu, ramai peminat Penang FC turut mempertikaikan pilihannya untuk berkhidmat dengan skuad Harimau Kumbang itu dan tidak memilih untuk berpindah ke kelab-kelab elit bola sepak lain seperti Terengganu FC dan Kedah Darul Aman (KDA) FC.

362229033_661145819402074_3811352489060505963_n

Kogi pernah berkhidmat dengan Harimau Muda C selama semusim bermula tahun 2015 hingg 2016 sebelum menyertai Sri Pahang FC.

"Ramai pertikai kenapa dia join Penang FC? Kenapa bukan pasukan elit seperti Terengganu atau Kedah (KDA FC)? Simple, he need 'playing minute' and he knows he will get maximum playing time if he performs with Penang FC.

"(Kalau) duduk team lain dan kena peram lama-lama pun akan jadi tunggul kayu," kata Md Azrie.

Selain itu, pengalaman penyerang sayap kanan yang pernah berkhidmat dengan pasukan Harimau Muda C pada musim 2015 hingga 2016 juga dilihat boleh menjadi nilai tambah dalam taktikal permainan skuad Harimau Kumbang itu.

Oleh itu, seorang penyokong Penang FC, Zam Ibrahim berharap kehadiran Kogi dalam pasukan dari Pulau Mutiara itu dapat membantu pemain-pemain daripada skuad tersebut dipilih sebagai kesebelasan utama bagi menyertai Harimau Malaya.

"Semoga Kogi dapat memberikan variasa dan sumbangan yang lebih untuk skuad Pulau Mutiara, sekali gus dapat mengetuk semula pintu skuad kebangsaan serta membawa rakan-rakan dari Penang FC untuk dikenalkan kepada Kim Pan Gon," katanya.

Untuk rekod, Kogi pernah beraksi bersama pasukan Sri Pahang FC selama tiga musim bermula dari tahun 2016 sehingga 2019, sebelum berhijrah ke kelab Petaling Jaya FC untuk dua musim dan mengambil keputusan menghirup udara baharu di Korea Selatan.

Penyerang berketinggian 1.68 meter itu juga pernah bersama skuad kebangsaan sejak 2018 dan merekodkan dua gol. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram