TFC masih ada peluang hambat Kedah, Selangor andai baiki 2 masalah kritikal


  • Podium
  • Selasa, 11 Jul 2023

Aksi Terengganu FC menentang KL City FC di Stadium Kuala Lumpur, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu. — Facebook/Terengganu FC

SKUAD Terengganu FC (TFC) kini menduduki kedudukan keenam setakat 16 perlawanan dalam Liga Super musim ini.

Keputusan seri yang dicetakkan oleh skuad Sang Penyu selepas bertembung dengan Kuala Lumpur (KL) City FC 3-3 di Stadium Kuala Lumpur, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu menjadikan ia sebagai perlawanan ketiga mendapat hasil tersebut.

Untuk rekod, skuad Pantai Timur itu berjaya mencetak tujuh kemenangan dan tewas dalam enam perlawanan setakat ini.

Kali terakhir pasukan TFC bertembung Selangor FC pada April lalu, skuad tersebut dibenamkan Gergasi Merah 1-5 di laman pihak lawan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya, Selangor.

Buat masa ini, masih ada baki dua bulan sebelum mereka dipertemukan semula di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu untuk kejohanan domestik itu.

Namun melihat kepada prestasi semasa skuad Sang Penyu itu, seorang pemerhati bola sepak, Baharudin Mohamad menyifatkan prestasi pasukan kesayangannya itu kurang kemas, walaupun mempunyai ramai ubi muda yang boleh diharap seperti penyerang muda, Engku Nur Shakir dan penjaga gawang, Rahadiazli Rahalim.

Bagaimanapun, dia melihat antara masalah yang jelas dalam skuad tersebut perlu diperbaiki iaitu kelemahan fungsi di bahagian tengah yang lebih fokus kepada posisi tengah bertahan atau pertahanan.

358399000_257914850283290_7850899909613819005_n

Tukhtasinov sah menyertai TFC pada Isnin. — Facebook/ Terengganu FC

"Habib Haroon pemain biasa-biasa sahaja, sekadar bermain fancy bila kena pressure main berterabur.

"Setakat ini tiada pemain tengah boleh bermain simple, kreatif, mutu hantaran atau lorongan bola cantik dan boleh sumbat gol sama seperti Sanjar Shaakhmedov.

"Harap player import baru TFC, Nurillo Tukhtasinov boleh bermain ala-ala Sanjar," katanya.

Selain itu, Baharudin Mohamad turut mengulas prestasi pemain sayap pasukan TFC dilihat sedikit tempang pada sebelum ini kerana hanya bergantung harap kepada bintang import Haiti, Sony Norde.

Namun kehadiran bekas Selangor FC, Mohd Nor Hakim Hassan yang mengisi posisi sayap kiri pasukan berjaya menampilkan prestasi cemerlang apabila digandingkan dengan Norde.

"Walaupun baru main satu game, hantaran nampak berkualiti, berani masuk dalam dan boleh sumbat gol. Ala-ala Faisal Halim.

"Nampak Nor Hakim boleh selesai masalah sayap, boleh tukar posisi kiri dan kanan dengan Sony Norde," katanya.

Sekiranya KDA FC bertembung dengan TFC di Piala Malaysia nanti, skuad Penyu juga boleh mengaplikasikan teknik sama untuk menewaskan Sang Kenari. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram