AKSI Liga Super 2023 diteruskan dengan menyaksikan perlawanan sengit antara Sabah FC berjaya menewaskan Kuching FC 4-3 di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah pada Sabtu.
Bukan itu sahaja, pemain import baharu pasukan Sang Badak iaitu penyerang kelahiran Brazil, Ramon Machado berjaya menampilkan persembahan debut terbaik sepanjang perlawanan itu dengan menjaringkan gol pertama bersama skuad tersebut pada minit ke-27.
Tidak cukup dengan itu, pemain sayap kanan, Miguel Cifuentes atau lebih mesra dipanggil Cifu turut diberi pujian selepas menunjukkan persembahan yang tidak kurang hebatnya dalam perlawanan tersebut.
Ketika Cifu beraksi pada separuh masa pertama, impak bahagian serangan jelas kelihatan apabila bekas pemain Kelantan FC itu membantu Ramon dan Saddil Ramdani di bahagian kiri.
Gandingan dengan pemain tengah, Stuart Wilkin dan Cifu juga mencuri tumpuan pada aksi tersebut ketika pemain kelahiran England itu diletakkan di posisi tengah untuk membantu jentera serangan menghantar bola kepada Ramon.
Wilkin (kanan) ketika aksi menentang Kuching City FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah pada Sabtu. — Facebook/ Sabah Football Club
Bagaimanapun, namun ketiadaan penyerang sayap kanan, Jailton Paraiba masih dirasai peminat The Rhinos yang merindukan aksinya bergandingan dengan Wilkin dan pemain berpengalaman, Baddrol Bakhtiar.
Untuk rekod dalam dalam aksi sebelum ini, Baddrol dan Wilkin kerap ditugaskan untuk mengemudi bahagian tengah bagi membantu Jailton dalam permainan.
Namun sejak ketiadaan bintang Brazil itu, khidmat Cifu digunakan oleh ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee untuk mengisi kekosongan posisi tersebut.
"Hantaran Jailton baru 'ngam' untuk Ramon ini," kata Azmy Jp.
Selain itu, salah seorang pemerhati bola sepak, Titi Sarinto menyifatkan prestasi tonggak import Brazil itu lebih ketara apabila digandingkan dengan duo Harimau Malaya itu.
"Banding Cifu di bahagian kanan, Jailton lebih bagi kesan lagi-lagi kalau dia digandingkan dengan Baddrol dan Wilkin di tengah," katanya.
"Bukan cakap Cifu tak best, cuma kalau malam tadi (Sabtu), kalau Jailton yang main mesti dapat lagi banyak gol. Tapi tulah, mana dia," kata Miranda Ex.
Sebelum ini, Jailton memberi bayangan bahawa masih kekal bersama Sabah FC namun bukan dalam skuad utama, sebaliknya membantu skuad Bawah 23 Tahun (B-23) The Rhinos. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram