SKUAD Terengganu FC kini berada di tangga keenam Liga Super musim ini dengan 23 mata termasuk kemenangan tipis 1-0 ke atas Kedah Darul Aman (KDA) FC pada Isnin.
Menjelang jendela perpindahan kedua pemain pada Julai, perpindahan pemain tengah dari kelab bola sepak Tajikistan, Istiklol FC iaitu Ekhson Pandzhshanbe disebut-sebut bakal menyertai TFC juga semakin hangat meniti di bibir peminat Sang Penyu.
Pemain muda berumur 24 tahun itu mempunyai rekod permainan yang baik apabila membuat 11 penampilan dalam Liga Vysshaya dengan kesemuanya merupakan aksi dalam kesebelasan utama.
Selain itu, pemain berketinggian 1.74 meter itu juga pernah memegang masing-masing satu rekod juara Kejohanan Tajikistan dan Tajikistan Super Cup.
Nampak selain rekod yang cantik, tapi terdapat tiga sebab kenapa prestasi semasa Ekhson Pandzhshanbe hanyalah sekadar indah khabar daripada rupa:
Kurang gol walaupun bermain di posisi penyerang
Walaupun kerap bermain dalam kesebelasan utama pasukannya, penyerang kelab bola sepak yang berpangkalan di Dushanbe, Tajikistan itu hanya mampu menjaringkan empat gol dan satu assist sepanjang Liga Vysshaya sepanjang musim ini.
Oleh itu, mempunyai tahap kecergasan tinggi tidak menjamin mampu menyumbang prestasi cemerlang kepada pasukannya jika persembahan yang ditampilkan hanyalah biasa-biasa sahaja.
Pandzhshanbe kerap bertukar kelab bola sepak hampir setiap musim menyebabkan dia tidak sempat untuk menyesuaikan diri dengan skuadnya termasuk taktikal pasukan. — Agensi
Kerap berpindah ke kelab bola sepak lain
Sepanjang tujuh tahun kariernya dalam industri bola sepak, Pandzhshanbe telah menabur bakti dengan kelab bola sepak negara Asia Tengah seperti Uzbekistan dan Iran.
Namun, kekerapan pemain berkenaan bertukar kelab bola sepak hampir setiap musim menyebabkan dia tidak sempat untuk menyesuaikan diri dengan setiap skuad termasuk taktikal pasukan.
Oleh itu, pengambilan pemain tengah itu bagi menyertai skuad Sang Penyu itu dilihat berisiko dan akan mengambil masa untuk membiasakan diri dengan strategi pasukan tersebut.
Lambakan pilihan penyerang dalam pasukan
Aksi TFC ketika ini dilihat agak longlai memandangkan mereka hanya mencetak masing-masing enam kemenangan dan kekalahan dalam Liga Super musim ini.
Bagaimanapun, dengan rekod permainan yang dipegang Pandzhshanbe, kemasukannya dalam skuad Pantai Timur itu tidak akan mengubah apa-apa memandangkan pasukan tersebut telah dibarisi oleh pemain tengah skuad berkenaan seperti Omid Nazari dan Habib Haroon.
Atau lebih teruk, mungkin penyertaan pemain berkenaan boleh menyebabkan prestasi permainan jatuh menjunam dan seterusnya memadamkan impian mereka untuk terus mendaki tangga Liga Super musim ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram