Bukan Matheus Babi tapi 'ex top scorer' Liga Indonesia, gandingan baharu Kpah Sherman


  • Podium
  • Rabu, 05 Jul 2023

Rafael menjaringkan 60 gol dan 13 assists sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak. — Agensi

DENGAN Lucas Silva masih lagi berdepan masalah kecederaan, Sri Pahang FC memerlukan penyerang tambahan bagi bergandingan dengan Kpah Sherman.

Sebelum ini, tular sebuah gambar yang didakwa mirip William Jebor berada di Stadium Darul Makmur, Pahang yang mana menguatkan desas-desus perpindahan pemain itu ke dalam skuad bimbingan Fandi Ahmad.

Selain Jebor pemain kelahiran Brazil, Matheus Babi turut dikaitkan dengan perpindahan ke Sri Pahang FC.

Terbaharu, bekas senarai penjaring terbanyak Liga Indonesia, Rafael da Silva Souza mula dikaitkan dengan skuad kendalian Fandi Ahmad.

Pemain berusia 32 tahun itu beraksi di posisi serangan dan mampu bermain sebagai sayap kanan dan kiri.

Rafael sebelum ini pernah beraksi bersama beberapa pasukan dalam Liga Brazil, Portugal, China, Bolivia, Iraq, dan Indonesia.

Musim terbaiknya ialah ketika beraksi di Indonesia dengan PS Barito Putera apabila menjaringkan 14 gol dan melakukan empat assists dalam 28 penampilan.

Sepanjang 216 perlawanan, Rafael menjaringkan 60 gol dan 13 assists sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak di sembilan buah negara.

Namun begitu, pihak pengurusan Sri Pahang sudah pun mengumumkan ketibaan Rafael menerusi laman rasmi Facebook pasukan pada Rabu.

Dengan kemasukan Rafael, adakah pemain kelahiran Brazil ini akan menjadi gandingan terbaik Kpah Sherman yang begitu cemerlang mengetuai jentera serangan Tok Gajah? — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram