SKUAD kebangsaan mencatatkan keputusan memberangsangkan dalam empat perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 yang dilalui pada tahun ini apabila merekodkan kemenangan dalam kesemua aksi tersebut.
Aksi positif itu bermula dengan kemenangan tipis 1-0 ketika menentang Turkmenistan 1-0 pada 23 Mac lalu Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor sebelum diikuti dengan kejayaan menewaskan Hong Kong 2-0 di venue sama lima hari kemudian.
Skuad kebangsaan meneruskan momentum terbaik dalam dua siri perlawanan persahabatan seterusnya yang diadakan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu dengan kemenangan lebih selesa.
Keputusan itu dicapai masing-masing ketika menentang Kepualauan Solomon 4-1 pada 14 Jun dan Papua New Guinea 10-0 pada 20 Jun lalu.
Prestasi konsisten dipamerkan anak buah Kim Pan-gon itu pastinya suatu perkembangann menggembirakan buat peminat bola sepak tanah air dengam skuad negara kini sedang dalam persediaan untuk menghadapi Piala Asia 2023 Januari tahun edepan.
Selain itu, pasukan kebangsaan kini juga diperkukuhkan dengan beberapa muka baharu terutamanya di bahagian tengah melalui rekrut yang terdiri daripada pemain warisan dan naturalisasi.
Antara nama baharu yang dipanggil itu ialah dua tonggak naturalisasi negara yang juga pemain tengah menyerang iaitu Paulo Josue dan Endrick Dos Santos.
Bagaimanapun, di sebalik segala penambahbaikan dilakukan itu, skuad Harimau Malaya dilihat masih belum berjaya menjumpai pemain terbaik di satu posisi penting pasukan iaitu di bahagian penyerang.
Ada pihak berpandangan bahawa Harimau Malaya ketika ini dilihat masih belum menjumpai seorang penyerang tulen yang benar-benar lengkap untuk menggalas tanggungjawab di bahagian tersebut.
"Skuad Malaysia sekarang ni dah hampir complete setiap posisi, silap tak ada striker macam Ikhsan Fandi ni sahaja, kalau tak negara teluk pon senang kita tapau dengan skuad sedia ada ni," tulis laman Facebook, Malaysia National Football Team.
Haqimi ketika beraksi bersama KL City FC pada musim ini. — Facebook/KualaLumpurCity
Menurutnya, ciri penyerang dimaksudkan itu perlu mempunyai kebolehan daripada segi ketinggian, mencari ruang, tandukan dan kemahiran menggunakan kedua-dua belah kaki untuk melakukan jaringan gol.
Buat masa ini, dua nama yang disebut-sebut mempunyai kebolehan untuk menggalas tanggungjawb di posisi tersebut ialah penyerang Johor Darul Takzim (JDT), Syafiq Ahmad dan Sabah FC, Darren Lok.
Bagaimanapun, terdapat satu lagi nama dicanangkan bukan sahaja mampu beraksi di posisi tersebut, malah mempunyai kemahiran lengkap sebagai penyerang seperti yang digariskan itu.
Pemain dimaksudkan itu ialah penyerang muda Kuala Lumpur (KL) City FC, Haqimi Azim Rosli.
"Paling dekat pon Syafiq Ahmad la dengan level dia ni, Haqimi Azim pula ada potensi nak jadi macam Ikhsan tapi masih muda dan belum konsisten," tambah Malaysia National Footbal Team.
"Kena ada latihan khas untuk Haqimi. Mesti padu kalau menjadi," tulis Mohd Fadzli Yosof.
"Nampak Haqimi ada potensi dari segi fizikal dan gaya dia rembat memang padu. Tapi tengok dekat KL City FC kena main tepi sahaja," ujar Rain Rosly.
"Haqimi muda, saiz, laju dan rembat dah ada. Kalau kena gaya jurulatih set up, boleh jadi Son Heun Min versi Malaysia," kata Saiful Fathil.
Haqimi ketika sesi latihan bersama KL City FC. — Facebook/KualaLumpurCity
Untuk rekod, Haqimi yang memiliki ketinggian 1.84 meter (m) pertama kali dipanggil untuk menyertai skuad senior pada Disember lalu untuk saingan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022.
Dia juga berjaya mencipta jaringan sulungnya bersama pasukan negara ketika perlawanan kedua menentang Laos dalam kejohanan tersebut.
Sepanjang kejohanan itu, Haqimi dilihat menjadi pemain pilihan ketiga di belakang Darren Lok dan Sergio Aguero.
Namun, khidmat penyerang berusia 20 tahun itu terus ditagih Pan-gon apabila dia dipanggil dalam siri dua perlawanan persahabatan antarabangsa pada Mac lalu.
Bagaimanapun, Haqimi kemudiannya tidak dapat dalam panggilan pada pertengahan Jun baru-baru ini akibat masalah kesihatan yang dialami meskipun namanya disenaraikan untuk dipanggil.
Pada musim ini, Haqimi membuat 12 penampilan bersama skuad KL City FC. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram