KPI Tomi bocor? Fans persoal angan-angan pengurusan Sang Penyu


  • Podium
  • Khamis, 29 Jun 2023

Barisan pemain Sang Penyu yang tidak berjaya mara ke final Piala FA. — Facebook/Terengganufc

TERENGGANU FC terpaksa memadamkan impian bersaing lebih jauh dalam saingan Piala FA 2023 selepas gagal menewaskan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) di laman sendiri ketika pusingan separuh akhir pada Ahad.

Walaupun kedua pasukan dilihat beraksi dengan cemerlang selama 120 minit dalam perlawanan tersebut tetapi keputusan sepakan penalti menjadi penentu yang menyaksikan skuad The City Boys layak mara ke peringkat akhir Piala FA.

Tersingkirnya jaguh Pantai Timur itu diburukkan lagi apabila petunjuk prestasi utama (KPI) skuad TFC menjadi bualan hangat penyokong Sang Penyu selepas surat tentang perkara itu didakwa bocor di media sosial.

WhatsApp Image 2023-06-29 at 18.35.39 (1)

Tangkap layar memaparkan isi kandungan surat tersebut. — Facebook/Terengganufc

Perkara itu menyebabkan ramai penyokong Sang Penyu tidak berpuas hati dengan tindakan pihak pengurusan TFC yang dianggap tidak masuk akal.

Selepas kekalahan itu, penyokong setia Hitam Putih mula menyuarakan pendapat apabila menyeru agar pengendali TFC, Tomislav Steinbruckner itu ditamatkan kontrak daripada mengemudi pasukan yang berpangkalan di Pantai Timur.

"Sudah boleh buang CEO dan Tomi," kata Syah Amir.

"Dengan budget macam semut tak yah berangan lah, team sudah ok, pergi buang, coach tak apa lah kalau nak buang, ini pemain pun buang, dapat harga yang murah macam itu lah jadinya," kata Fierdaus Park.

"Boleh pula sound player takut ambil penalti, club besar tak ada bahagian psikologi ke untuk mental pemain?" kata Muhamamd Shafie.

Dalam pada itu, berdasarkan surat yang tersebar itu menyatakan beberapa sasaran yang perlu dicapai oleh jurulatih seperti meraih 70 mata dalam 34 perlawanan liga berlangsung.

WhatsApp Image 2023-06-29 at 18.35.39

Antara isi kandungan mengenai sasaran yang ditetapkan oleh pihak pengurusan TFC. — Facebook/Terengganufc

Selain itu, antara sasaran yang dibincangkan adalah seperti Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia dan Piala AFC.

Oleh itu, jika tidak mencapai sasaran tersebut, pihak pengurusan berhak untuk memotong gaji pengendali dan menamatkan kontrak dengan bayaran satu bulan gaji sahaja mengikut peringkat seperti yang dibincangkan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram