Selain Khairul Azhan, pemain berdarah kacukan juga teruk dikritik fans Gergasi Merah selepas dikerjakan JDT


  • Podium
  • Rabu, 28 Jun 2023

Aksi-aksi yang dipamerkan pemain JDT dan Selangor FC pada perlawanan separuh akhir Piala FA pada Isnin. — Facebook/Selangor FC

JUARA bertahan, Johor Darul Takzim (JDT) berjaya menempah tiket sebagai finalis Piala FA selepas membelasah Gergasi Merah dengan keputusan 4-0 dalam perlawanan separuh akhir pada Isnin.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri menyaksikan Pemain Paling Bernilai (MVP) 2022, Arif Aiman Hanapi muncul sebagai wira buat Harimau Selatan apabila berjaya mencatat hatrik pada separuh masa pertama.

Diikuti dengan ledakan satu lagi gol daripada Fernando Forestieri, sudah cukup menggembirakan tuan rumah.

Meskipun anak-anak buah Tan Cheng Hoe sudah berhempas pulas mengatur gerak bagi mengutip mata kemenangan, nyatanya rata-rata peminat tidak dapat menerima kekalahan yang dialami pasukan kesayangan mereka.

Apatah lagi, ada yang turut melemparkan kritikan hebat mengatakan terdapat beberapa pemain seperti penjaga gol, Khairul Azhan Khalid dan pemain berdarah kacukan Malaysia-Australia, Quentin Cheng yang dilihat gagal mempamerkan prestasi terbaik mereka.

Quentin Cheng dilihat gagal menunjukkan corak permainan yang baik di atas padang sejak tahun lalu. — Instagram/QuentinCheng

Malah, ada yang berpendapat, kedua-dua pemain itu sepatutnya ditukar kerana tidak menunjukkan peningkatan dari segi momentum dan corak permainan di atas padang sejak tahun lalu.

"Cheng dan Azhan wajib tukar sebab episod sama saja aku tengok dari tahun lepas. Lima import tukar juga, budak Jordan dua orang tu hanya level biasa saja. Aryon Del Valle Yohandry Orozco bukan level import macam JDT tak mampu buat apa-apa, dua kali lawan JDT.

"Aku rasa coach PDRM FC yang letak jawatan tu lagi bagus daripada Tan Cheng Hoe sebab lawan JDT boleh kalah hanya 1-0 tak kisahlah parking bas ke janji tak bolos banyak," kata Noorsam Daros.

"Cheng, Azhan wajib dah out, tak ada function. Tidak ada perubahan, sama saja begitu baik ambil Sikh tu balik lagi bagus, sepatutnya Azhan ni yang bagi loan kat tempat lain tak pun bagi terus pun tidak apa," tulis Muhammad Ashraff.

Khairul Azhan gagal mempamerkan prestasi terbaiknya ketika perlawanan separuh akhir Piala FA. — Facebook/MFL

"Cheng tu kalau 100 kali cross bola satu saja jadi, yang lain semua ke laut. Gagal berfungsi dan tidak membantu barisan hadapan," kata Pak Habib.

"Bersara sajalah Cheng dengan Azhan, semak tengok main," ujar Fandiawe Fandiawe.

"Menyirap betul dengan dua orang ni, passing entah apa-apa," kata Ridzuan Isa.

Untuk rekod, dengan kemenangan itu, Harimau Selatan bakal bertemu KL City dalam aksi final Piala FA. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram