Puas hati Shahril Sa'ari sertai KUFC, tapi 'ex-keeper' The Rhinos jadi idaman sebagai simpanan


  • Podium
  • Selasa, 27 Jun 2023

KUFC kini berada di kedudukan ke-13 dalam Liga Super musim ini.  — Facebook/ Kelantan United Football Club

KELANTAN United FC (KUFC) baru mendapat perkhabaran kemasukan penyerang import baharu, Ismahil Akinade yang akan mengetuai jentera serangan Kijang Hijau menjelang jendela perpindahan kedua nanti.

Namun skuad Kijang Hijau sekali memberi kejutan dengan mengambil bekas penjaga gol Kedah Darul Aman (KDA) FC, Shahril Sa'ari untuk berkhidmat dengan pasukan Pantai Timur itu.

Pemain kelahiran Hulu Terengganu itu bukan calang-calang kerana selain pernah bermain untuk Sang Kenari, dia juga pernah berkhidmat dengan beberapa kelab bola sepak tempatan lain seperti PDRM FC, PKNS FC dan Perlis FA.

Berbekalkan pengalaman beraksi di padang sejak 2012, alumni Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Harimau Muda itu pastinya dapat menjadi nilai tambah terhadap pasukan yang kini berada di tangga ke-13 dalam Liga Super musim ini.

Bukan itu sahaja, kehadiran pemain berusia 33 tahun tersebut dijangka memberi saingan kepada dua penjaga gol sedia ada iaitu Ilham Amirullah dan Asyraaf Omar.

Kemasukan pertahanan akhir berketinggian 1.78 meter itu juga disambut baik oleh para peminat kelab bola sepak itu.

356078917_687410026731988_3213874538917079790_n

Shahril Sa'ari (dua dari kiri) secara rasmi menyertai KUFC menjelang perpindahan jendela kedua Liga Super musim ini. — Facebook/ Kelantan United Football Club

"Pilihan tepat, sangat berpengalaman dan patut jadi pilihan utama. Tidak rugi ambil dia," kata Mohd Azwan.

"Suka tengok Kelantan United berusaha menambah baik pasukan untuk baki saingan Liga Super, sekurang-kurangnya dapat kekal dalam Liga Super tak mengapalah," kata Azmi Mie Merak Kayangan.

Bagaimanapun, penyokong skuad Kijang Hijau, MO HA RO memetik nama bekas penjaga gawang Kuching City FC, Wan Azraie Wan Teh sebagai pemain simpanan dalam pasukan berkenaan.

"Pilihan yang tepat, seorang lagi boleh ambil Wan Azraei, bekas keeper Kuching City," katanya.

Untuk rekod, pemain berusia 36 tahun itu juga mempunyai pengalaman permainan yang baik kerana pernah berkhidmat dengan beberapa kelab bola sepak tempatan seperti Sabah FC, Terengganu FC dan Pahang FA.

Kelantan United ketika ini dilihat seperti mempunyai bajet yang besar untuk mengambil dua orang pemain berkhidmat demi skuad Kijang Hijau bagi menambah baik pasukan dalam Liga Super musim ini.

Mungkin jika mempunyai bajet tambahan, tidak salah jika mereka mengambil dua lagi penjaga gol sebagai pemain simpanan sekiranya salah seorang penjaga gawang tercedera ketika beraksi di padang. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram