KHABAR gembira skuad Harimau Malaya yang meraih kemenangan besar 10-0 menentang Papua New Guinea pada aksi persahabatan, Selasa lalu masih segar dalam ingatan para peminat sukan bola sepak.
Kejayaan tersebut sekali gus menyaksikan pasukan kebangsaan itu mencetak kemenangan keempat daripada lima perlawanan sejak Mac lalu.
Dengan mengekalkan rekod cemerlang sebanyak empat kali berturut-turut, tidak hairanlah pasukan kendalian Kim Pan-gon kini menjadi destinasi pilihan buat bintang kelab bola sepak Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal.
Perkara tersebut didedahkan oleh ayahnya sendiri menerusi satu komen di Facebook baru-baru ini menyatakan anaknya terbuka untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan.
Bagaimanapun, diakui agak sukar untuk pemain berusia 25 tahun itu bersaing dalam Liga Malaysia (Liga M), jadi lebih baik dia kekal di kelab bola sepak negara Uncle Sam itu.
Namun ada sebahagian peminat skuad bola sepak tanah air dilihat menolak jika pemain berkenaan dipanggil ke skuad kebangsaan hanya selepas pasukan itu mencatatkan pencapaian yang membanggakan negara.
"Big no! Kenapa baru sekarang? Selepas sahaja gagal mewakili negara masa di bawah Datuk Ong Kim Swee dulu akibat masalah teknikal dokumentasinya, ada dia tunjukkan kesungguhan nak bermain untuk HM (Harimau Malaya)," ciap @Herna_74.
Wan Kuzain berkhidmat untuk kelab St. Louis City SC sejak musim lalu.
Tidak cukup dengan itu, peminat bola sepak tempatan, @Shamililman berkata, pasukan HM ketika ini sudah mempunyai pemain tengah berkualiti yang mampu menguatkan skuad berkenaan.
"Pemain tengah kita dah stacked with good talent dah pun. (Seperti) Endrick dos Santos, Mohammad Syamer Kutty Abba, Azam Azih, Paulo Josue, Hong Wan, Nooa Laine, Stuart Wilkin, Brendan Gan dan Mukhairi Ajmal," ciapnya.
"Tak payahlah, dulu bukan main berlagak. Dia kalau main pun untuk Sukan SEA sahaja pun tak nak wakil negara sebab masih berharap untuk wakil USA.
"Dia sendiri tak ada hati nak main untuk Harimau Malaya, buat apa panggil (dia)," ciap @iammco.
Ketika ini Wan Kuzain berkhidmat untuk kelab St. Louis City SC sejak musim lalu.
Pemain berketinggian 1.78 meter itu turut diberi tanggungjawab untuk mengukuhkan tembok pertahanan pasukan tersebut bersama Max Schneider, Tyson Pearce, dan AJ Palazzolo. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram