Berdepan Kijang Hijau, fans The Rhinos tagih keringat penyerang import Brazil atasi kemarau kemenangan


  • Podium
  • Ahad, 25 Jun 2023

Sabah FC perlu bangkit selepas tiga kali tumpas dalam saingan domestik termasuk suku akhir Piala FA sebelum ini. — Facebook/Sabah Football Club.

KEHANGATAN aksi Liga Super 2023 diteruskan dengan pertembungan antara Kelantan United FC dengan Sabah FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan pada Isnin.

Skuad The Rhinos dilihat selesa berada di tangga kelima liga domestik itu bagaimanapun tidak boleh memandang sebelah mata prestasi pasukan Sang Kijang Hijau itu kerana mereka pernah membenamkan Kelantan FC di laman sendiri 4-1 pada awal Jun lalu.

Walaupun masih tercorot, persembahan mengejut itu sekali gus membolehkan mereka mendaki satu anak tangga dalam carta Liga Super musim ini.

Setakat ini, Sabah FC berjaya mencetak tujuh rekod kemenangan dan tewas dalam empat pertembungan di sepanjang 14 perlawanan ketika ini.

Namun, peminat skuad Negeri Di Bawah Bayu itu mahukan pasukan kesayangan mereka untuk bangkit selepas dua kekalahan berturut-turut daripada PDRM FC dan Kedah Darul Aman (KDA) FC.

Menjelang aksi pada Isnin ini, para pemerhati bola sepak tempatan mula mengidamkan khidmat penyerang import pasukan tersebut, Jaílton Paraíba yang tidak kelihatan semasa sesi latihan.

355483713_646550827511612_1882227199355238364_n

Jaílton Paraíba tidak hadir ke sesi latihan Sabah FC menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan peminat pasukan bola sepak berkenaan. — Facebook/ Sabah Football Club.

Bukan itu sahaja, pemain import berusia 32 tahun itu juga tidak kerap diturunkan ke padang untuk bermain bersama kesebelasan utama.

Namun begitu, pemain kecil-kecil cili padi itu dilihat sering muncul di kesemua 14 perlawanan Liga Super musim ini.

Apa pun, para peminat The Rhinos terus dihimpit keresahan selepas tidak menemui sosok lelaki tersebut di atas padang dalam sesi latihan baru-baru ini.

"Mana Jaílton? Jangan pula Sabah FC gugur (dan) ganti (dengan) lain," kata Krule Annaz.

1938917

Jaílton dilihat kurang diturunkan ke padang untuk bermain bersama kesebelasan utama dan hanya masuk sebagai pemain gantian. — Facebook/ Sabah Football Club.

Melihat kepada rekod kekalahan berterusan Sabah FC dalam tiga aksi terdahulu, salah seorang penyokong setianya, Afrizzan Jaiman berharap pasukan kesayangannya itu dapat bangkit daripada terus dibenamkan pihak lawan dalam perlawanan seterusnya.

"Come on Sabah FC, lawan tatap lawan. Tawan semula hati dan semangat penyokong Sabah FC.

"Kali ini macam sudah padu, harap-harap menjadilah kali ini. Jangan terus kalah, koyak kita," katanya.

"Harapan kita peminat bola sepak Sabah FC (agar) mencapai kejayaan sekurang-kurangnya memperbaiki kedudukan tiga teratas walaupun tidak depat mengatasi team JDT," kata Khamis Mis. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram