ISU senior-junior di pejabat seakan-akan tidak pernah lapuk, malah sering dibincangkan secara terbuka sesama warganet dalam media sosial.
Biasanya generasi lebih tua akan mengadu tentang golongan yang lebih muda atau khususnya generasi Z (Gen Z) tentang cara bekerja di pejabat, dan ia selalunya bukan sesuatu yang positif.
Antara bentuk aduan selalunya ialah seperti asyik sentap bila ditegur oleh senior, hasil kerja yang kurang memuaskan, mengambil masa lama untuk menyelesaikan satu-satu tugasan dan lain-lain.
Oleh itu, generasi yang dikatakan 'lebih banyak makan garam' ini sering menafsirkan mereka yang lebih muda ini sebagai manja, cepat merajuk, dan tidak boleh diharap.
Isu berkenaan hangat dibincangkan dalam media sosial sejak kebelakangan ini dan pelbagai reaksi dilontarkan oleh warganet tentang situasi di pejabat itu.
Walaupun terdapat warganet menyalahkan kumpulan senior di tempat kerja yang dilihat sering memberikan teguran kasar terhadap pekerja junior, ada segelintir mereka mengatakan ia terpulang kepada penerimaan individu tersebut.
Pengguna Twitter, @chocobuddies2 berkata, ia bergantung kepada individu itu sendiri untuk menerima dan mengadaptasi situasi kerja berkenaan.
"Dia masalah attitude saja, tak kira Gen XWYZ, kalau dah malas, koyak bila kena tegur, no sensitivity dekat tempat kerja.
"Kerjalah dekat Istana Negara pun, kalau ada bad attitude, memang tak akan bertahan lama," ciapnya.
Generasi baharu turut terdedah kepada masalah adaptasi kepada suasana kerja baharu yang boleh memberi kesan kepada pretasi dan hasil kerja mereka. — Gambar hiasan
Dalam pada itu, pengguna Twitter lain, @mhd_arss berkata, senior dan junior di tempat kerja perlu saling memahami antara satu sama lain dan bekerjasama sebagai pasukan bila bekerja.
"Senior dengan junior kena try faham each other. Both dari generasi yang berbeza. Lain cara kerja dan kefahaman," ciapnya.
Selain itu, pengguna Twitter, @marzjiezz menyifatkan terdapat juga situasi seorang pekerja senior yang mempunyai tahap pendidikan tinggi, namun tidak mampu melaksanakan tugas dengan baik.
"Leader saya kelulusan PhD dalam course sama dengan saya tapi bila kena solve problem, memang dia tak boleh, terus lemau.
"Semuanya atas sikap dan tanggungjawab seseorang, itu saja," ciapnya.
Sekadar pengetahuan asas, Gen Z merupakan generasi yang lahir pada tahun 1997 hingga 2012, manakala generasi Y atau milenial lahir pada 1980 hingga 1995.
Selain itu, generasi Baby Boomers adalah mereka yang lahir pada 1946 manakala 1964, manakala generasi X pula lahir antara 1966 hingga 1980. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram