[VIDEO] Bawa adik berlumuran darah ke hospital, lelaki berang kereta di parkir OKU kena kunci


  • Tular
  • Khamis, 22 Jun 2023

Tangkap layar video memaparkan seorang lelaki bertekak dengan beberapa pekerja yang menguruskan tempat letak kenderaan di sebuah hospital.

GARA-GARA membawa ahli keluarga yang dipercayai cedera ke sebuah hospital, seorang lelaki yang meletakkan kereta di tempat letak kereta khas orang kurang upaya (OKU) dikunci tayarnya oleh pihak pengurusan hospital berkenaan.

Kejadian tersebut tular menerusi satu rakaman video pada Rabu memaparkan seorang lelaki bertikam lidah dengan pihak pengurusan parkir tersebut dan berang dengan tindakan mereka mengunci tayar keretanya.

Menurut lelaki berkenaan, dia didakwa tidak mempunyai pilihan lain selain daripada meletakkan kereta di tempat letak kereta OKU itu kerana kes kecemasan.

"Saya tahu itu parking OKU, tapi parkir di sini tiada yang kosong. Kami bayar juga.

"Habis itu kalau apa-apa jadi pada adik saya, kamu semua boleh tanggung ke?," soal lelaki terbabit.

Selain itu, individu berkenaan turut meminta pihak pengurusan tempat letak kenderaan itu untuk membuka kunci tayar keretanya, namun ia hanya boleh dilakukan jika dia membayar denda.

Pihak tersebut turut bertanyakan kepada lelaki terbabit jika dia mempunyai kad OKU atau tidak kerana individu berkenaan tidak sepatutnya meletakkan kenderaan di petak parkir khas itu.

Sementara itu, masih belum ada sebarang kenyataan daripada hospital berkenaan berkaitan insiden tersebut. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram