'Kerja HO stres, burnout', ramai nasihat pelajar lepasan SPM fikir masak-masak ceburi bidang perubatan


  • Massa
  • Ahad, 18 Jun 2023

Kekurangan pegawai kesihatan memberikan kesan bukan sahaja kepada pesakit semakin bertambah, malah kepada kesihatan mental pegawai itu sendiri. — Gambar hiasan

BARU-BARU diumumkan seramai 10,109 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.

Lebih membanggakan, jumlah tersebut adalah lebih baik apabila ia merekodkan Gred Purata Nasional (GPN) sebanyak 4.74 berbanding 4.86 pada tahun sebelumnya.

Dengan ramai pelajar lepasan SPM mendapat keputusan cemerlang, masing-masing mula menyemai impian untuk mengambil jurusan yang diminati bagi menyambung pengajian ke menara gading.

Mungkin ada juga yang akan memohon biasiswa bagi menampung perbelanjaan pengajian mereka kelak.

Bagi yang kurang bernasib baik, mungkin ada yang akan mengubah jurusan sebelum ini dimohon kepada kursus yang lebih sesuai dengan kebolehan mereka.

Di sebalik keterujaan pelajar-pelajar lepasan SPM yang masih di persimpangan dilema mencari kursus yang sepadan, warganet hangat membincangkan tentang kekurangan pegawai kesihatan khususnya doktor dalam bidang kesihatan.

4F5A872F-D947-4F35-9B1F-7596069C076B

Pelajar lepasan SPM perlu membuat keputusan untuk memilih jurusan yang terbaik buat diri mereka berdasarkan keputusan yang diperoleh.

Hanis Arshad menerusi satu hantaran di Facebook menyindir segelintir pihak yang memomokkan para pelajar terdahulu tentang tekanan kerja apabila bergelar doktor.

Dakwanya, kesan daripada momokan itu, tidak ramai pelajar lepasan SPM melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan yang seterusnya memberi kesan kepada berkurangnya kelompok berkenaan dalam bidang tersebut.

"Sebenarnya post kali ini nak suruh senior-senior jangan ulang 'tak payah jadi doktor'. Hasil dia kita nampak kurang intake pegawai perubatan (HO) setiap sesi.

"Sebab saya sendiri nak galakkan lagi ramai orang ambil medic (perubatan) lepas tu jadi doktor," katanya dalam hantaran tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, warganet melontarkan pendapat masing-masing berkenaan punca kekurangan pegawai perubatan dalam sektor kesihatan.

"Bukan ramai tak berminat nak ambil kursus perubatan tetapi syarat kemasukan serta strength sesetengah universiti amat ketat.

"Kursus medic banyak note kena hafal, bagi yang kerap sakit kepala, yang lesu dan suka nak last minit serta jiwa tak kental elok usah," kata Harry Loke.

A junior doctor holds his stethoscope during a patient visit at The Royal Blackburn Teaching Hospital, operated by East Lancashire NHS Trust, in Blackburn, U.K., on Thursday, May, 14, 2020. Delivering his Budget on March 11, U.K. Chancellor of the Exchequer Rishi Sunak said

Pegawai perubatan perlu mempunyai kekuatan mental yang tinggi, di samping berilmu untuk merawat pesakit, selain bijak mengendalikan tekanan kerja. — Agensi

Menurut Meria Delisa yang dipercayai pernah bertugas sebagai pegawai kesihatan berkata, pekerjaan tersebut memenatkan mental walaupun ia memerlukan dirinya kuat dari segi itu untuk membantu pesakit.

"50-50 boleh tak? (Ada) galakan and kurang galakan. Sebab I feel myself. Burnout. Jauh daripada family. Mental health issues but at the same time kita nak bantu orang.

"Ramai sangat sakit sekarang dan perlukan banyak tenaga kerja. Pilihlah adik-adik dengan bijaksana," katanya.

Bagaimanapun, Muhaimin Halim tetap menggalakkan para pelajar lepasan SPM untuk menjadi doktor supaya dapat berbakti kepada masyarakat serta menguatkan sektor perubatan awam.

"Please adik-adik semua mari jadi doktor. Parents yang asyik kata hospital itu...hospital ini...staf itu...staf ini. Anak tuan puan yang layak mari ambil (kursus) medic jadi doktor. Kita ramaikan staf Kementerian Kesihatan (KKM) untuk bantu rakyat," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram