Selepas Lira, Sang Kenari diramal bakal kehilangan sayap kanan ke seteru Utara tanah air


  • Podium
  • Sabtu, 17 Jun 2023

Skuad Sang Kenari baru sahaja melepaskan Willian Lira yang bermain untuk pasukan tersebut bermula Januari lalu. — Facebook/ Kedah Darul Aman FC

PEMINAT pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC pada Jumaat dikejutkan dengan pengumuman tentang penyerang kelahiran Brazil, Willian Lira yang tidak akan lagi bersama kelab itu.

Seakan tidak percaya dengan khabar duka itu, namun keputusan berat tersebut dibuat selepas perbincangan secara dua hala pihak pengurusan dengan pemain berkenaan dilakukan.

Umum mengetahui bahawa pemain berumur lewat 20-an itu sebelum ini mempunyai masa sukar untuk menyesuaikan diri dengan rentak permainan skuad Sang Kenari sehinggakan penyokong Hijau Kuning tidak henti memberikan kritikan terhadapnya.

Namun setelah beraksi dalam beberapa permainan, pemain berketinggian 1.85 meter itu dilihat mula memaparkan persembahan yang baik, malah ia paling jelas dilihat ketika pertembungan dengan Sabah FC pada awal Jun lalu.

Tidak sempat berasa kasih sayang daripada peminat-peminat skuad itu, mereka terus reda dengan pemergian Willian dan mendoakan perjalanan bekas penyerang import KDA FC itu lancar bersama kelab baharu yang masih tidak diketahui namanya.

Namun tidak sampai 24 jam selepas perkhabaran berkenaan, skuad Sang Kenari sekali lagi ditimpakan dengan ramalan penyerang sayap kanan KDA FC, Al-Hafiz Harun yang dikhabarkan bakal dipinjamkan ke Penang FC.

Al-Hafiz Harun in action for Kedah. - Photo by Kedah FC

Al-Hafiz Harun sebelum ini berkhidmat untuk Penang FC sebelum berhijrah ke KDA FC pada Disember 2021. Facebook/ Kedah Darul Aman FC

Untuk rekod, anak jati Sik, Kedah itu menyertai Sang Kenari pada Disember 2021 dan bermain dalam 11 perlawanan untuk Liga Super 2023 termasuk Piala FA.

Meskipun diberikan minit permainan dengan kerap, pemain berusia 29 tahun itu hanya menjaringkan satu gol buat skuad Sang Kenari.

Penyerang sayap kanan itu juga merupakan graduan sistem bola sepak belia dari Penang FC.

Setakat ini, kekurangan sumbangan di hadapan pintu gol itu menyebabkan Al-Hafiz kehilangan tempat dalam skuad dengan ketua jurulatih, Nafuzi Zain lebih gemar menggunakan khidmat Manuel Hidalgo, Fayadh Zulkifli Amin atau Lee Tuck.

Perkara itu pastinya memberi desakan buat pemain berkenaan yang mahu mendapatkan minit permainan dengan lebih kerap dan Penang FC dilihat sebagai destinasi terbaik. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram