'Bukti Malaysia belum cukup serius', fans tak puas hati HM hanya pelengkap jadual


  • Podium
  • Ahad, 18 Jun 2023

Skuad muda negara tewas kepada Thailand dengan keputusan 0-3 pada Ahad. — Facebok/FAM

SKUAD bawah 17 tahun (B-17) kebangsaan terkeluar awal selepas tewas kepada pasukan tuan rumah Thailand dengan 0-3 di Stadium Pathum Thani, Thailand pada Ahad.

Anak buah Osmera Omaro itu kelihatan cukup bergelut untuk menyajikan corak permainan kemas terutamanya pada separuh masa pertama.

Kesempatan itu diambil dengan baik oleh pasukan Thailand itu untuk menghukum skuad muda negara beberapa serangan berbahaya ke arah kubu yang dikawal Muhammad Farish Farhan Mohd Zalani.

Meskipun tampil dengan corak bertahan, Thailand berjaya menembusi pertahanan skuad muda negara pada minit ke-45 menerusi Pacharaphol Lekkun.

Memasuki minit ke-54, Thailand menambah jaringan kedua menerusi Chanasorn Choklap selepas dia tidak dikawal oleh pertahanan skuad negara.

Berbaki 10 minit permainan, Thailand menambah derita skuad muda negara menerusi jaringan Chanothai Kongmeng sekali gus meranapkan impian anak-anak buah Osman Omero untuk melangkah ke pusingan suku akhir.

355150025_965537794519457_6497460735251731628_n

Pemain negara diasak oleh pasukan lawan. Facebok/FAM

Kekalahan skuad muda negara itu ternyata menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong-penyokong negara yang mana Harimau Muda hanya menjadi pasukan pelengkap jadual Kumpulan A.

"Maaf, terus terang cakap tak puas hati dengan permainan pemain kita. Basic football lemah. Clueless bila dapat bola. Mostly tak pandai nak scan pihak lawan. Edisi kali ini jadi edisi bercuti sambil belajar," kata Azizi Saliman.

"Gol pertama itu sebab ada satu pemain nak buat skill memperdayakan pemain Thailand dekat side line, last sekali terpedaya dengan diri sendiri," ujar Vinod Kumar.

"Inilah hasil latihan hari-hari, baik fokus SPM sahaja," luah Shahrul Nizam Salleh.

"Bukti Malaysia belum cukup serius dalam sukan bola sepak. Jauh ketinggalan berbanding negara Asean yang lain seperti contoh Vietnam, Thailand dan Indonesia," jelas Ahmad Syahmi Ismail.

Selepas ini Malaysia akan bertemu Laos untuk melengkapkan perlawanan Kumpulan A pada Rabu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram