[VIDEO] 'Benda tak lawak,' guru dikecam buat content anak murid 'bercouple'


  • Tular
  • Khamis, 15 Jun 2023

Tangkap layar video memaparkan gelagat murid-murid yang dirakam oleh seorang guru di sebuah sekolah baru-baru ini.

SIKAP segelintir guru yang suka merakam video anak muridnya dan menjadikannya sebagai kandungan di laman sosial mengundang rasa marah dalam kalangan netizen.

Baru-baru ini, tindakan seorang guru yang didakwa merekod gelagat para pelajar di dalam bilik darjah mendapat kecaman hebat daripada netizen.

Berdasarkan video yang dimuat naik di Twitter Malaysia Most Viral pada Rabu, guru berkenaan dipercayai membuat video kandungan mengenai kisah 'cinta monyet' anak didiknya di sebuah sekolah rendah.

Dalam video berkenaan, kelihatan seorang murid perempuan menangis dengan muka monyok sambil ditenangkan oleh rakan-rakannya.

Tangisan itu didakwa tercetus apabila dia mendapat tahu kawannya turut menyimpan perasaan yang sama terhadap pelajar lelaki bernama Awangku yang dikatakan sebagai teman lelakinya.

"Episod 1, kawanku crush kat boprenku (teman lelakiku)," katanya menerusi video tersebut.

Rata-rata warganet yang menonton video tersebut mengkritik tindakan guru itu yang seolah-olah tidak menghormati privasi kanak-kanak terbabit.

"Pantang betul aku tengok cikgu upload content student macam ni siap tunjuk muka," kata Asfi Al Andromeda.

"Kadang-kadang rasa budak-budak sekarang ni lain macam, tapi lain macam lagi cikgu yang suka rekod, lepas tu upload (dalam media sosial) tambah pula dengan ayat crush, girlfriend, boyfriend bagai," ujar wnfazrini.

"Hello @KemPendidikan, sila pantau pendidik yang tidak beretika mendedahkan informasi dan privasi kanak-kanak," tulis One-Ny-ta di ruangan komen.

Majoriti sebelum ini melaporkan, golongan guru perlu menghormati privasi anak murid dan tidak sewenangnya merakam video mereka untuk kandungan media sosial persendirian.

Menurut pakar pendidikan, Dr Anuar Ahmad, selain menghormati privasi, tindakan merakam video semasa mengajar juga menyalahi etika perguruan.

"Tindakan itu juga tidak beretika kerana ia boleh mengganggu fokus guru mengajar dan sebagai pendidik tumpuan mereka peru diberikan kepada anak murid dan bukannya media sosial," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram