Perangai cikgu rakam video TikTok merimaskan murid


RAMAI yang berpendapat bahawa tidak semua individu termasuk murid suka kehidupan mereka menjadi tontonan umum. — Gambar Hiasan/Agensi

SIKAP segelintir guru yang 'membazirkan' waktu mengajar dengan merakam video buat kandungan media sosial mengundang rasa rimas dalam kalangan pelajar.

Perkara itu dikongsi oleh seorang pemilik akaun laman sosial Twitter, Faisal Rahim (@acaiijawe) yang mengatakan bahawa ada di antara rakannya yang mengadu bahawa anak mereka tidak selesa dengan tindakan guru yang berbuat demikian.

guru tiktok 1

guru tiktok 2

Katanya lagi, dia berpendapat bahawa seorang guru tidak sepatutnya berbuat demikian dan tidak semua orang suka kehidupannya dirakam untuk tontonan umum termasuk murid sekolah.

"Ada sahabat mengadu, anak mereka terlalu rimas dengan dua, tiga orang cikgunya yang asyik ambil video untuk content Tiktok.

"Pada aku, seorang guru tak sepatutnya buat begitu.

"Lagipun bukan semua orang suka diambil gambar dan videonya.

"Hatta budak sekolah tadika sekalipun," tulisnya pada Selasa.

Kongsinya lagi dalam bebenabg (thread) di Twitter, situasi itu juga merimaskan dalam kalangan rakan-rakan yang 'gila' membuat kandungan media sosial.

Berkongsi contoh situasi, Faisal mengatakan ada segelintir pihak yang mengambil peluang membuat video kandungan semasa melepak dengan rakan-rakan.

"Tengah elok semua duduk borak-borak, dia suruh semua bangun untuk buat video content TikTok dia.

"Suruh berlakonlah apa benda ikut video dia tunjuk Flushed face.

"Bila ramai tak bagi kerjasama dan ditegur terus merajuk.

"Dah tua perangai macam budak-budak," kongsinya lagi.

Pandangan Faisal itu disokong oleh warga netizen yang berpendapat bahawa sikap sedemikian sudah jelas tidak profesional dan tidak beretika.

Seorang pemilik akaun, nab hisham (@NabHisham) mengatakan hal itu dan turut memberitahu tidak wajar seorang guru berbuat demikian dan berkongsi video atau gambar anak murid tanpa kebenaran ibu bapa mereka.

guru tiktok 3

アズナーニ・イスマイル (@queserasera8072) pula berkongsi komen yang menyatakan hal ini bukan sekdar melibatkan privasi individu tetapi larangan berbuat demikian perlu dikuatkuasakan dalam etika perguruan.

"Selain soal privasi, mungkin perlu masukkan dalam etika perguruan (maaf kalau dah ada),larangan menggunakan sosial media ketika mengajar melainkn dapat kebenaran daripada penjaga untuk tujuan berkaitan mengajar.sama seperti di hospital, larangan menangkap gambar atau video pesakit ketika mendapat rawatan dan sebagainya," ujarnya.

guru tiktok 4

Sementara itu, pemilik akaun, Rina Rahim (@rina_sarahim) berkongsi info bahawa sudah ada pekeliling dan garis panduan yang dikeluarkan pada 2017 tentang perkara ini.

guru tiktok 5

"Izinkan saya kongsi info, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan surat pekeliling & garis panduan pada 2017.

"Boleh 'Google' dan muat turun. Saya faham situasi ini. Guru-guru perlu diingatkan lagi dan jadi taggungjawab mereka untuk minta izin bertulis agar tidak menjadi isu besar di kemudian hari," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Guru, content, tiktok, kpm, murid, ibu bapa, etika