Elak luka lebih dalam, fans ramal Harimau Kumbang parkir treler elak dibelasah JDT


  • Podium
  • Sabtu, 03 Jun 2023

Aksi perlawanan antara JDT dengan Penang FC dalam peringkat suku akhir Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 28 Mei lalu.  — Facebook/ Johor Southern Tigers.

DEBARAN aksi pasukan Johor Darul Takzim (JDT) menentang Penang FC dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya Pulau Pinang pada Sabtu kian terasa.

Namun, pertembungan antara skuad Harimau Selatan dengan Harimau Kumbang itu bukanlah kali pertama dalam musim kali ini.

Kali terakhir mereka ditemukan beraksi dalam padang ialah semasa perlawanan peringkat suku akhir Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor dengan JDT membenamkan Penang FC dengan keputusan 5-0.

Oleh itu, boleh jadi perlawanan kali ini menjadi satu peluang buat skuad Harimau Kumbang untuk menggigit Harimau Selatan bagi menuntut kekalahan mereka sebelum ini.

"Misi balas dendam katanya setelah kalah bertemu JDT di suku akhir Piala FA.

"Semoga JDT dapat mengekalkan rentak kemenangan malam esok (Sabtu) dan menamatkan pusingan pertama liga tanpa sebarang kekalahan. Good luck JDT," kata Fendi Fendi.

349634465_252975327413909_6709754639868330471_n

JDT pernah membenamkan Penang FC 5-0 dalam aksi peringkat suku akhir Piala FA pada 28 Mei lalu. — Facebook/ Johor Southern Tigers.

Melihat kepada rekod bolos Penang FC menentang JDT dalam kejohanan domestik itu sebelum ini, ada peminat meramalkan pasukan Harimau Kumbang akan menggunakan taktikal bertahan PDRM FC ketika menentang juara bertahan Liga Super itu bagi mengurangkan jumlah jaringan ke gawang.

"Rasanya mereka akan buat macam PDRM FC juga. Masa Piala FA (PDRM FC) kena 3-0, masa Liga Super 1-0," kata Mohd Faizul Miran.

Bagi salah seorang peminat tegar JDT, Slayhb Slay pula, dia tidak pasti apakah hasil daripada pertembungan antara kedua-dua skuad tersebut.

"Aku tak pasti ini misi balas dendam (terhadap JDT) atau tambah nasi (kepada JDT)," katanya.

Walaupun mungkin skuad Harimau Kumbang tidak dapat meninggalkan kesan gigitan kepada Harimau Selatan dalam perlawanan pada Sabtu, tapi itu lebih baik daripada dibaham pasukan tersebut dan terluka lebih parah daripada trauma sebelum ini. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram