[VIDEO] Suspek dipaksa tidur lepas gagal ragut rantai emas di Sungai Buloh


  • 112
  • Rabu, 31 Mei 2023

Tangkap layar video memaparkan seorang lelaki dipercayai peragut ditangkap orang awam dekat Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh pada petang Rabu.

CUBAAN seorang lelaki melarikan diri selepas meragut rantai emas daripada seorang wanita gagal apabila berjaya ditangkap oleh orang awam dekat Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor pada petang Rabu.

Kejadian tersebut dirakam oleh orang awam yang berjaya menangkap lelaki berkenaan sambil seorang lelaki menunjukkan rantai yang cuba dicuri suspek tersebut.

Video berdurasi 48 saat itu turut memaparkan suspek terbabit mencangkung di tepi jalan sambil tangannya diletakkan di belakang serta ditahan oleh orang awam supaya tidak melarikan diri.

Malah, ada juga orang awam di lokasi memaksa suspek untuk tidur dan berbaring sementara menunggu kehadiran polis.

Menurut satu hantaran di Facebook, lelaki terbabit sudah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Majoriti sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak polis berkenaan insiden tersebut. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram