[VIDEO] Hampir berlanggar, lelaki geram budak bawa skuter elektrik tak makan saman di Cheras


  • Tular
  • Jumaat, 02 Jun 2023

Tangkap layar video memaparkan seorang budak lelaki yang menunggang skuter elektrik tiba-tiba melintas di hadapan kereta di simpang empat Taman Cheras Indah pada Khamis.

NIAT baik menegur seorang penunggang skuter elektrik yang hampir dilanggar pemandu kereta di Taman Cheras Indah, Cheras, Kuala Lumpur pada Khamis bertukar menjadi pergaduhan apabila budak berkenaan bertindak melawan teguran tersebut.

Kejadian dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) dan dimuat naik ke Facebook menerusi akaun bernama Wn Ckc Nana.

Video berdurasi tiga minit itu memaparkan pemandu tersebut ingin melintas di simpang empat memasuki jalan utama.

Namun pemandu tersebut dikejutkan oleh seorang budak yang menunggang skuter elektrik tiba-tiba melintas di hadapannya dan hampir dilanggar kereta berkenaan.

Dalam video tersebut, pemandu berkenaan berhenti untuk menegur budak lelaki tersebut kerana membahayakan dirinya, namun teguran tersebut dibalas dengan kasar.

"Budak ini dah salah, siap kata saya gengster nak nombor (telefon) saya (untuk) panggil kawan dia, masa saya tegur masih boleh ketawa macam tak bersalah.

"Nasib ada dashcam, kalau betul terlanggar, saya pula yang disalahkan," katanya dalam hantaran berkenaan pada Jumaat.

Sementara itu, warganet yang menonton video tersebut turut berang dengan kelakuan kasar yang ditonjolkan oleh budak tersebut.

"Syukur masih boleh ditegur daripada disembahyangkan adik, time tu dah terlambat nak menyesal adik. Terima sajalah teguran itu," kata Leomicky Martin.

"Good job bro siap ambil masa untuk tegur baik-baik. Budak-budak ni kadangkala tidak nampak apa silap dia apa yang bahaya. Kalau silap orang tu dah kena lempang budak tu," kata Luke Khidir.

Setakat ini masih boleh ada sebarang laporan polis berkenaan insiden tersebut. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram