Rehatkan Fazly, fans Gergasi Merah tagih keringat Khuzaimi rempuh 'roadblock' PDRM


  • Podium
  • Jumaat, 02 Jun 2023

Khuzaimi setakat ini hanya membuat empat penampilan sepanjang Liga Super musim ini.— Facebook/Selangor FC

BAHANG kehangatan perlawanan Selangor FC dan PDRM FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya pada Sabtu ini kian terasa.

The Red Giants setakat ini mengunci kedudukan di tangga kedua dalam carta Liga Super musim ini, manakala skuad Sang Saka Biru itu berada di tangga ke-10.

Namun, ini bukanlah kali pertama mereka bertembung dalam arena bola sepak kerana setakat ini kedua-dua pasukan tersebut telah merekodkan 28 pertembungan dengan 74 gol.

Malah, kali terakhir Red Giants menang besar menentang PDRM FC adalah dalam Liga Super 2020 dengan skor 7-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

Menjelang pertembungan kedua-dua pasukan ini, nama pemain tengah bertahan The Red Giants, Khuzaimi Piee di meniti di bibir peminat skuad merah kuning itu.

Baru sahaja tampil imej yang lebih segar, para peminat mengimpikan anak kelahiran Melaka ini untuk beraksi dalam kesebelasan utama menjelang aksi menentang skuad Sang Saka Biru.

350471214_1376821222882196_3316567175571054034_n

Selangor FC sudah menentang PDRM FC dalam 27 pertemuan, dengan 16 kemenangan berpihak kepada The Red Giants. — Facebook/ Selangor FC

Bukan apa, mereka belum puas melihat aksi jejaka tinggi lampai 1.8 meter itu di atas padang kerana Khuizami hanya membuat empat penampilan sepanjang Liga Super musim ini.

Jika dibandingkan dengan pemain pertahanan Selangor FC, Fazly Mazlan yang membuat 11 penampilan, para peminat merasakan Khuzaimi lebih berhak untuk beraksi sama di atas padang kerana prestasinya semasa bermain mewakili Negeri Sembilan FC juga tidak kurang hebatnya.

"Beri dia (Khuzaimi) mainlah lawan PDRM FC nanti. Main sampai minit ke-50 pun tak apalah asalkan nampak dia dekat first eleven," cadang Din Tachanka.

Tidak cukup dengan itu, salah seorang peminat tegar Selangor FC, Syah Fazree ingin melihat Khuzaimi digandingkan dengan pemain pertahanan import, Richmond Tetteh Ankrah dalam aksi menentang PDRM FC nanti.

"Teringin nak tengok kalau dia ini pair dengan Ankrah, sebab Sharul Nazeem dengan Yazan Al-Arab tak konsisten lately," katanya.

Walau apa pun, terpulang kepada pengendali The Red Giants, Tan Cheng Hoe untuk mengatur strategi permainan dengan memasukkan Khuzaimi bersama kesebelasan utama menentang skuad Sang Saka Biru pada Sabtu daripada terus memanaskan bangku simpanan. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram