CEO Finas diberhentikan serta-merta, tamat lima bulan awal daripada kontrak


  • Massa
  • Khamis, 01 Jun 2023

Md Nasir dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Finas pada 31 Oktober 2021 untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 November 2021 sehingga 30 Oktober 2023. — Bernama

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, ditamatkan perkhidmatannya secara rasmi pada Khamis.

Md Nasir, 64 menerusi satu kenyataan pada Rabu memaklumkan perkhidmatan beliau dihentikan lima bulan lebih awal daripada kontraknya.

Beliau bagaimanapun memaklumkan akan mengadakan satu sidang media khas pada Khamis berhubung perkara tersebut.

"Untuk makluman, semalam (31 Mei) saya telah menerima surat pemendekan kontrak saya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Finas dan ia berkuat kuasa mulai 1 Jun (Khamis).

"Surat itu tidak menyatakan alasan pemecatan. Sehubungan itu, sebuah sidang akhbar akan diadakan oleh saya," katanya.

WhatsApp Image 2023-06-01 at 9.49.13 AM

Dokumen penamatan perkhidmatan Md Nasir bertarikh 31 Mei 2023 yang tular di media sosial.

Dalam pada itu, tular sebuah dokumen penamatan perkhidmatan Md Nasir bertarikh 31 Mei 2023 yang ditandatangani oleh Pengerusi Finas, Datuk Kamil Ahmad Mohd Othman.

Menerusi surat tersebut, penamatan kontrak Md Nasir turut mendapat kelulusan daripada Menteri Komunikasi dan Digital pada 5 Mei lalu yang bersetuju untuk menamatkan perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Finas berkuat kuasa pada 1 Jun 2023 dengan bayaran sebulan gaji.

Md Nasir dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Finas pada 31 Oktober 2021 dalam tempoh dua tahun yang berkuat kuasa bermula 1 November, tahun itu sehingga 30 Oktober 2023.

Pelantikannya menggantikan Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang sebelum ini menyandang jawatan tersebut selepas kontraknya tamat pada 15 Oktober 2021. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram