Bisa Bergson diiktiraf AFC, sama level bekas bintang Man United dalam '1st Eleven' pilihan fans


  • Podium
  • Khamis, 01 Jun 2023

Aksi Bergson membantu Harimau Selatan layak ke peringkat 16 terbaik buat pertama kali meletakkan penyerang Brazil itu sebaris dengan Zeca dari Daegu FC dan penyerang Al-Hilal, Odion Iglaho. — Facebook/Johor Southern Tigers

SKUAD Johor Darul Takzim (JDT) terus mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang 12 perlawanan setakat ini dalam Liga Super 2023.

Terbaharu, pasukan Harimau Selatan itu meleburkan harapan Sri Pahang FC 2-0 yang berusaha mempertahankan rekod berkenaan dalam perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada 24 Mei lalu.

Dalam perkembangan lain, JDT turut menewaskan Penang FC 5-0 di peringkat suku akhir dalam aksi Piala FA di laman sendiri pada Ahad.

Dengan rekod dan prestasi yang kekal hebat, tidak hairanlah skuad gergasi itu kekal digeruni oleh kelab-kelab bola sepak tempatan lain.

Perkara tersebut dikuatkan lagi dengan pemain penyerang prolifik, Bergson da Silva yang tersenarai dalam kesebelasan terbaik kempen Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia AFC 2022 hasil undian daripada para penyokong bola sepak tempatan.

Bergson menyumbang sebanyak lapan gol setakat 12 aksi Liga Super setakat ini.

349176879_3407121332858809_6851240275184015566_n

Kesebelasan utama yang dipilih penyokong untuk Liga Juara-juara AFC 2023. — Facebook/ Johor Southern Tigers.

Pemain kelahiran Brazil itu terus mendapat perhatian selepas aksi cemerlang membantu skuad Harimau Selatan layak ke peringkat 16 terbaik buat pertama kali dengan mempunyai statistik enam gol berkongsi tempat ketiga dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang musim Liga Juara-juara AFC (ACL) lalu.

Bukan itu sahaja, prestasi permainan yang ditampilkan oleh penyerang import itu turut dikatakan setanding dengan bekas bintang kelab Manchester United, Odion Iglaho.

Iglaho ketika ini berada bersama kelab yang berpangkalan di Arab Saudi, Al-Hilal yang layak ke peringkat akhir ACL, namun ditundukkan oleh juara keseluruhan, Urawa Red Diamonds.

Meskipun gagal menambah koleksi kejuaraan, sumbangan pemain antarabangsa Nigeria itu cukup penting buat kelab berkenaan selepas menjaringkan tujuh gol dalam hanya lapan penampilan sepanjang pertandingan tertinggi di peringkat Asia itu.

WhatsApp Image 2023-05-31 at 11.44.51 PM

Iglaho sebelum ini pernah menyarung jersi Manchester United selama semusim sejak 2020.

"Sekali gus membuatkan Bergson da Silva menempah nama bagi kelab-kelab di luar yang ingin mendapatkan khidmat beliau.

"Remember, football is business. Kalau ada deal besar ditawarkan untuk mendapatkan Bergson, it’s green light. Remember this name, Bérgson Gustavo Silveira da Silva," kata Fakhrul Haziq.

Untuk rekod sepanjang kerjaya pemain berusia 32 tahun itu, Bergson menjaringkan sebanyak 111 gol, 19 assist dalam 262 perlawanan bersama beberapa kelab bola sepak di Brazil, Korea Selatan, Portugal dan JDT. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram