GARA-GARA asap daripada rokok elektronik, penonton filem di sebuah panggung wayang di Damansara, Selangor terpaksa keluar selepas penggera kecemasan berbunyi
Kejadian tersebut dikongsikan menerusi ciapan @amofficialmy dalam akaun Twitter yang menceritakan detik cemas dilalui mereka yang baru sahaja menonton filem tidak sampai lima minit.
Semalam menyaksikan kebodohan orang tengok wayang. Emergency Alarm berbunyi menyebabkan semua hall kelam kabut sebab ada orang hisap vape dalam panggung wayang. Menyusahkan. pic.twitter.com/ty9eEK8HYP
— Adam (@amofficialmy) May 30, 2023
Dia ketika dihubungi Majoriti berkata kesemua penonton dari dewan-dewan lain turut diarahkan keluar di perkarangan panggung tersebut disebabkan penggera tersebut.
"Orang yang menghisap vape itu tidak duduk sepanggung dengan kami.
"Saya bertanya kepada pekerja di situ, katanya dah dapat tangkap (pelaku). Tapi tak tahu apa yang jadi," katanya kepada Majoriti pada Selasa.
Dalam pada itu, @amofficialmy turut kesal dengan kejadian tersebut yang mengganggu masa tontonannya kerana pihak panggung wayang tidak menghentikan tayangan buat sementara sepanjang mereka berada di luar panggung.
Sementara itu, warganet di Twitter turut mengecam kelakuan pelaku yang menghisap rokok elektronik tersebut dalam panggung wayang.
"Patut terajang muka dia sebab menyusahkan orang. Masih tiada kesedaran sivik hisap vape dalam wayang. Mentaliti kelas keberapa ni," ciap @thediamondpipaa.
"Okey untuk kau orang yang hisap vape ni, tak boleh ke ada common sense untuk tidak merokok dekat tempat yng tak sepatutnya, terutama sekali ruang pejabat. Hello benak sangat ke nak faham," ciap @amier_akim. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram