Akui sibuk, Zamsaham hanya boleh jumpa fans TRW pada 3 Jun


  • Podium
  • Ahad, 28 Mei 2023

Pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman. — Facebook/ ZAMSAHAM

KEDUDUKAN Kelantan FC yang berada di tangga kedua tercorot Liga Super 2023 sudah pasti memberikan kesan kepada penyokong setia pasukan tersebut.

Kekalahan berturut-turut yang dialami oleh pasukan Kelantan FC nampaknya tidak mempunyai kesudahan apabila terus ditewaskan oleh pasukan lawan sepanjang perlawanan liga berlangsung setakat ini.

Hal ini kerana, terdapat masalah dalaman yang terpaksa dihadapi oleh barisan pemain The Red Warriors (TRW) itu sehingga menyebabkan prestasi yang ditampilkan kurang cemerlang.

Selain itu, desakan demi desakan yang diterima oleh pemilik kelab, Norizam Tukiman mengenai kelabnya itu menjadi bualan hangat di media sosial.

Ini kerana, beberapa pemain TRW mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan tersebut kerana tiada kerjasama daripada pihak pengurusan itu sendiri.

WhatsApp Image 2023-05-28 at 15.37.42

Laman rasmi Facebook, Zamsaham. — Facebook/ ZAMSAHAM

Baru-baru ini, Norizam yang juga dikenali sebagai Zamsaham memberitahu dalam satu hantaran di laman rasmi Facebook miliknya bahawa akan membuat jamuan makan sambil bertemu dengan semua penyokong TRW yang diadakan di Zamburger Kelantan, Kota Bahru, Kelantan pada 3 Jun.

"Saya mohon maaf kerana jadual nak buat awal masa raya tak tercapai kerana saya hadir EXPO halal di Kanada. Insya-ALLAH semua yang berkelapangan hadir pada 3 Jun 2023, Sabtu di Zamburger Kelantan, Kota Bahru," katanya.

Malah, dalam satu hantaran sama, Norizam memaklumkan bahawa dirinya tidak dapat menghadirkan diri kerana kini berada di Kanada untuk urusan kerja.

Hantaran tersebut dibanjiri dengan ruangan komen daripada penyokong TRW yang masing-masing memberikan pandangan mengenai jamuan makan tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram