'Silly mistake' bayangi Selangor FC tapi fans lega import disangka lemau makin menjadi


  • Podium
  • Ahad, 28 Mei 2023

Pemain Selangor FC saling berpelukan selepas berjaya menewaskan Negeri Sembilan FC di peringkat suku akhir Piala FA di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban, Negeri Sembilan pada Sabtu.— Facebook/ Selangor FC.

SELANGOR FC berjaya menundukkan Negeri Sembilan FC (NSFC) 3-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban, Negeri Sembilan dalam pertembungan suku akhir Piala FA pada Sabtu.

Kemenangan tersebut sekali gus melayakkan skuad The Red Giants itu mara ke peringkat separuh akhir sama ada menentang Johor Darul Takzim (JDT) atau Penang FC yang akan ditentukan pada Ahad.

Pada awal perlawanan, NSFC nampak seperti mempunyai peluang cerah untuk mengalahkan Selangor FC menerusi jaringan pemain pertahanan tengah, Muhammad Safuwan Baharudin dalam minit pertama perlawanan.

Namun ternyata angan-angan itu percuma apabila Red Giants kembali bangkit menerusi jaringan pertama pemain tengahnya Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi pada minit ketiga perlawanan.

Walaupun kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, barisan pertahanan NSFC akhirnya berjaya ditembusi menerusi dua jaringan daripada pemain import, Yohandry Jose Orozco Cujia, sekali gus buat pasukan lawannya berputih mata hingga wisel penamat ditiupkan.

Namun di sebalik kemenangan Selangor FC yang berjaya membenamkan NSFC di kubu lawan, para peminat turut diburu kerisauan setelah melihat benteng pertahanan skuad kesayangan asyik runtuh dalam perlawanan tersebut.

"Bahagian pertahanan Selangor FC sangat membimbangkan. Based on 2 matches sebelum ini 3 goals yang kita conceded semua disebabkan mistake cara kita bertahan.

"Bukan sebab attacking movement opponent yang merbahaya. Coaches kena tackle cepat masalah ni," kata Muhammad Zulkifli.

349060712_529244422583922_7112779523620628394_n

Orozco menjaringkan dua gol buat pasukannya dalam aksi perlawanan menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban, Negeri Sembilan dalam Piala FA pada Sabtu. — Facebook/ Selangor FC.

Selain itu, tumpuan peminat bola sepak tempatan turut terarah kepada aksi Orozco yang bertambah baik daripada sebelum ini.

Mana tidaknya, mereka sendiri terkejut dengan prestasi pemain kelahiran Venezuela yang menjaringkan bukan satu tapi dua gol bukan pasukannya dalam perlawanan tersebut.

"Tahniah Red Giants! Setelah kian lama, akhirnya Orozco dapat jaringan pertama dan sekali gus yang kedua peribadinya untuk Merah Kuning.

"Insya-ALLAH siapa pun jumpa di semi final, hadap sahaja tanpa gerun. Ada rezeki, ke final la kita," kata Mohd Akram Al-Banjariy.

"Orozco makin padu, Makin berani. Memang tak penat mamat ni, stamina apa entah dia. Alhamdulillah Selangor FC menang," puji Fakhrur D. Razi.

"1st game Orozco dapat score, biasa bantu create chance saja, (kali ini) dua biji (gol) terus dia bagi," kata Amad Zainuddin.

Apa pun lawan Selangor FC di peringkat separuh akhir masih belum diketahui sehingga Ahad, boleh jadi skuad Harimau Selatan, atau mungkin Harimau Kumbang. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram