Bergaduh siap cekik, polis cari individu buat kecoh depan BSI


  • 112
  • Sabtu, 27 Mei 2023

Tangkap layar video memaparkan seorang lelaki dicekik lelaki lain di luar bangunan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru, Johor

POLIS sedang mencari individu-individu yang terlibat dalam satu pergaduhan di luar bangunan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru, Johor bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihak polis mengambil maklum berkenaan video tular berdurasi 14 saat yang memaparkan pertengkaran antara dua lelaki di lorong motosikal di luar BSI.

"Kedua-dua penunggang motosikal itu ditahan orang ramai di tempat kejadian. Setakat ini, tiada laporan polis dibuat berhubung kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Selain itu, Raub berkata, mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu digalakkan tampil ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan.

Terdahulu, tular video di Facebook menunjukkan seorang lelaki dicekik oleh lelaki lain, manakala beberapa individu lain cuba menghalang kedua-dua pergaduhan tersebut di jalan raya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram