[VIDEO] Jemput pelajar tonton filem Anwar dengan menteri, MP Kuala Krai saran kerajaan baik beli filem dan tayang secara percuma


  • Primer
  • Rabu, 24 Mei 2023

Filem Anwar: The Untold Story setakat ini berjaya mengutip RM1 juta sejak ia mula ditayangkan pada Khamis lalu.

AHLI Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman mencadangkan kerajaan membeli filem Anwar: The Untold Story dan menayangkannya di kaca televisyen untuk tontonan rakyat Malaysia.

Beliau berkata demikian mengulas tentang surat tular sebuah sekolah dari Putrajaya tentang program menonton filem tersebut yang melibatkan pelajar Tingkatan Enam di pawagam GSC Alamanda, Putrajaya pada Selasa.

"Saya mencadangkan agar pihak RTM terus membeli filem Anwar: The Untold Story dan ditayangkan secara percuma tanpa perlu menggunakan murid sekolah dan kakitangan kerajaan dengan mengeluarkan surat rasmi menjemput mereka menonton bersama menteri dan pegawai tinggi kerajaan.

"Saya ingat ahli-ahli yang berhormat lain pun boleh mengeluarkan surat rasmi untuk sama-sama menonton filem yang bersejarah ini," katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.

Terdahulu, tular sepucuk surat rasmi dari sebuah sekolah tentang program menonton filem Anwar: The Untold Story yang melibatkan para pelajar Tingkatan Enam di pawagam GSC Alamanda, Putrajaya pada Selasa.

Dokumen tular tersebut turut mengundang pelbagai persepsi daripada warganet yang terkejut dengan penganjuran program tersebut melibatkan pelajar sekolah.

"Seriously, tak boleh bayang kalau surat ni betul. Menteri Pendidikan pula paksa budak sekolah tengok filem pasal pemimpin parti?"

"Dah macam Korea Utara dia punya usaha untuk propaganda tu. Minta menteri nafikan kalau surat ini fake," ciap @CheUthman. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram