SELEPAS terlepas aksi pertembungan Liga Super menentang Sabah FC pada Jumaat minggu lepas berikutan digantung satu perlawanan, penyerang kelahiran Croatia, Ivan Mamut bakal kembali untuk memperkuatkan jentera serangan Terengganu FC (TFC).
Kehadiran pemain muda itu kembali beraksi dalam skuad paling dinanti-nantikan oleh penyokong setia Sang Penyu kerana sebelum digantung, Ivan Mamut menampilkan prestasi cemerlang dalam pasukannya itu.
Penyerang berketinggian 1.92 meter itu dilihat bakal membantu pasukan TFC dalam menghasilkan jaringan dalam aksi perlawanan ke-12 memandangkan sebelum ini.
Ivan Mamut bakal beraksi merobek gawang Harimau Kumbang.
Hal ini kerana, pemain berusia 26 tahun itu pernah merekodkan lima jaringan iaitu empat gol dalam saingan Liga Super dan satu gol di saingan Piala FA sepanjang lapan penampilan.
Oleh itu, penyokong Sang Penyu berharap agar pengendali TFC, Tomislav Steinbruckner perlu menurunkan Ivan Mamut pada perlawanan seterusnya.
"Tinggi tubuh pun okey, rajin kejar bola pastu muda lagi baru 26 tahun, boleh training lagi set piece, header, finishing banyak lagi dia ini boleh improve. Best of luck Ivan Mamut," kata Ahmad Azhan.
"Lepas game Kelantan tu dia sudah banyak baiki diri kalau tendangan dia padu juga, sudah nampak serasi,ingat lagi gol dia banyak bola lencong, sedap molek," kata Fiz Fizzy.
"Mamut ini bagus, nanti dia serasi molek dengan TFC okey lah, kena ajar Mamut power sikit, body kasih keras sikit," kata Muhammad Fahmi.
Sang Penyu kini berada pada kedudukan ketujuh Liga Super setakat 11 perlawanan dengan mengutip 14 mata, selain merekodkan 15 jaringan.
Oleh itu, khidmat penyerang berbisa TFC itu bakal memperkukuhkan jentera serangan Sang Penyu untuk mematahkan benteng pertahanan Harimau Kumbang.
Skuad Sang Penyu bakal menerima kunjungan daripada Penang FC untuk aksi perlawanan ke-12 Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu pada 24 Mei nanti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram