Tidak sanggup kesilapan Terengganu berulang, Sabah pertaruh skuad terbaik lawan Perak


  • Podium
  • Selasa, 23 Mei 2023

Pemain Sabah FC ketika sesi latihan persiapan menentang skuad Seladang. — Facebook/SabahFC

KEGAGALAN mengutip tiga mata pada perlawanan menentang Terengganu FC (TFC) membuatkan Sabah FC lebih bersedia untuk menentang Perak FC pada Selasa, lapor Stadium Astro.

Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee, tidak sanggup jika pasukannya keciciran mata lagi ketika berdepan skuad The Bos Gaurus (TBG)

Ketua jurulatih berusi 52 tahun itu menggesa barisannya Sang Badak agar tidak mengulangi kesilapan ketika membenarkan Terengganu FC mengikat kedudukan 2-2 dalam perlawanan di Likas, Jumaat lalu.

Pasukan tuan rumah bakal turun dengan skuad terbaik bagi melayani kunjungan Sang Seladang susulan kembalinya tonggak pertahanan berpengalaman, Rizal Ghazali, daripada penggantungan kad kuning.

Bukan itu sahaja, import dari Korea Selatan, Kwang Min-ko juga sudah bebas sepenuhnya daripada kecederaan betis.

oks

Kim Swee berharap akan meraih tiga mata pada aksi menentang Perak. — Facebook/SabahFC

"Berita baiknya ialah Kwang-min Ko sudah boleh pulih sepenuhnya sementara Rizal Ghazali akan kembali daripada penggantungan.

"Saya menunggu tempoh dua hari ini untuk memastikan semua pemain dalam keadaan yang baik.

"Ketika bertemu Terengganu, mereka tewas sebelum itu tetapi menunjukkan kebangkitan jadi kami tidak boleh lalai lagi.

"Walaupun Perak tidak berada dalam situasi yang tidak begitu baik tapi kami perlu kekal dengan hajat kami.

"Kita tidak boleh kehilangan mata lagi kerana kedudukan kami telah turun ke tangga kelima.

"Saya percaya pemain faham situasi kami dan saya mahu pasti kami tidak lagi kehilangan mata," katanya dalam persiapan terakhir di Stadium Likas pada Isnin. — Stadium Astro

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram