WALAUPUN Sri Pahang FC berjaya mengekalkan rekod kemenangan tanpa kalah sepanjang 11 perlawanan berlangsung, namun pasukan itu perlu mengakui kehebatan pasukan seterusnya iaitu Johor Darul Takzim (JDT) dalam menghadapi aksi ke-12 di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.
Namun, terdapat desas desus mengenai perpindahan keluar oleh tonggak utama skuad Tok Gajah yang kurang menampilkan prestasi cemerlang sepanjang liga berlangsung setakat ini.
Oleh itu, dua nama pemain import dipetik oleh penyokong Tok Gajah apabila jendela perpindahan dibuka pada Julai nanti.
Namun begitu, menerusi satu perkongsian daripada salah seorang penyokong Tok Gajah, Mohd Yazid mengatakan bahawa dua nama pemain perlu ditamatkan agar pihak pengurusan dapat mencari import yang berkualiti.
"Pengurusan Sri Pahang FC harus menamatkan kontrak import dari Uzbekistan dan Lucas menjelang perpindahan pemain di buka Julai nanti dan harus mencari import baru untuk posisi bahagian tengah dan penyerang," kata Mohd Yazid.
Dua nama pemain yang dimaksudkan itu ialah Sherzod Fayziev yang berasal dari Uzbekistan. Ini kerana, sepanjang lapan perlawanan beraksi, pemain tengah itu tidak menjaga benteng pertahanan skuad Tok Gajah dengan baik.
Selain itu, pemain kelahiran Brazil, Lucas Silva turut disokong untuk menamatkan kontrak kerana diturunkan sebanyak tiga kali dalam aksi perlawanan kerana terpaksa berehat panjang akibat kecederaan yang dialami olehnya.
Kenyataan itu turut disokong oleh beberapa penyokong setia Tok Gajah itu.
"Kawan setuju apa yang dinyatakan itu, sejujurnya posisi tengah dan penyerang perlu diperkasakan," kata Fadzil Hafiz.
"Kalau tak buang dua orang itu, aku nak umban dia dekat sungai Pahang makan dik buaya, buaya sungai pahang ini tak makan orang Pahang saja," kata Limie Suaka.
Oleh itu, pihak pengurusan Tok Gajah perlu mencari penyerang import untuk mempertajamkan jentera serangan dan posisi bahagian tengah untuk mempertahankan benteng pertahanan Sri Pahang agar dapat mengekalkan rekod menang tanpa kalah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram