'Pawi is back', fans jangka Solari ada 'ramuan' khas buat Safawi Rasid


  • Podium
  • Rabu, 24 Mei 2023

Safawi sebelum ini dipinjamkan ke kelab Thailand, Ratchaburi FC untuk bermain dengan pasukan tersebut tidak sampai semusim. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

KELAB Johor Darul Takzim (JDT) kekal selesa mengungguli carta Liga Super pada musim ini, malah terus digeruni oleh pihak lawan.

Bagaimanapun, aksi Liga Super menentang Sri Pahang FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada Rabu pastinya membuat peminat-peminat bola sepak tempatan tidak senang duduk kerana masing-masing mengekalkan rekod tanpa kalah setakat 11 perlawanan sepanjang liga musim ini.

Dengan prestasi permainan yang sama hebat antara kedua-dua pasukan tersebut, masih belum diketahui JDT atau Sri Pahang FC mampu mempertahan rekod tanpa tewas atau terikat seri dalam perlawanan tersebut.

Namun di sebalik debaran perlawanan pada Rabu itu, tumpuan peminat Harimau Selatan kini terarah kepada kepulangan pemain sayap kanan JDT, Safawi Rasid ke pangkuan mereka selepas dipinjamkan ke kelab Thailand, Ratchaburi FC tidak sampai semusim.

Kemunculan pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu semasa sesi latihan JDT yang dikongsikan dalam Facebook JOHOR Southern Tigers pada Selasa itu nyata membuatkan para peminat skuad tersebut teruja dan rindu akan aksinya dalam perlawanan tempatan.

"Welcome back to home Safawi," ucap Remy Johari.

"Tak tahu kenapa tengok Safawi ada dekat skuad JDT balik gembira aku.

"Harap Safawi dapat minit permainan dekat JDT lepas ini, rindu aksi-aksi Safawi," kata Amir Abdullah.

348670604_298958312457095_6469205920903265427_n

Para peminat Safawi mengharapkan Solari memanfaatkan skil pemain tersebut dalam perlawanan menentang Sri Pahang FC pada Rabu. — Facebook/ JOHOR Southern Tigers.

Melihat kepada kepulangan Safawi menjelang perlawanan menentang pasukan Tok Gajah, seorang pemerhati bola sepak, Firdaus Firdaus mengandaikan pengendali JDT, Esteban Solari, mempunyai rancangan untuk Safawi untuk permainan pada Rabu itu.

"Solari mesti ada ramuan untuk dia, mantap," katanya.

Bukan itu sahaja, malah ada peminat yang mencadangkan agar Safawi digandingkan dengan penyerang JDT, Diogo Luis Santo dalam perlawanan menentang Sri Pahang FC pada Rabu.

"Dah boleh gunakan Pawi dan Diogo, mantap gandingan ini," kata Muhammad Rabiel.

Apa pun, terpulang kepada Solari untuk mengatur strategi taktikal pasukan serta memanfaatkan skil Safawi menjelang aksi perlawanan skuad Harimau Selatan menentang pasukan Tok Gajah pada Rabu. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram