'Subsidi jadi isu, jadi tiada lagi subsidi elektrik dan haji untuk T20', kata PM Anwar di Parlimen


  • Primer
  • Isnin, 22 Mei 2023

Anwar mengumumkan tiada lagi subsidi bagi tarif elektrik dan haji untuk golongan T20. — Bernama.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan golongan berpendapatan tinggi atau T20 tidak akan mendapat subsidi yang diberikan kerajaan berkaitan tarif elektri dan haji.

Beliau berkata, penilaian agihan subsidi berkenaan akan diberikan kepada golongan yang layak menerusi penyelarasan oleh Pangkalan Data Utama (PADU).

"Pemberian subsidi bersasar jadi isu, kita tidak menaikkan kadar elektrik melainkan kepada T20. Saya nak jelaskan di sini.

"Untuk T20 sahaja, iaitu rumah-rumah besar tidak akan diberikan subsidi elektrik," katanya menjawab soalan Datuk Seri Hamzah Zainuddin (PN-Larut) pada persidangan Dewan Rakyat pada Isnin yang ingin mengetahui dasar-dasar baharu dan drastik yang dilaksanakan sejak memimpin Malaysia bagi melonjakkan ekonomi negara, dengan mengambil kira risiko penguncupan ekonomi dunia.

Dalam pada itu, Anwar berkata, konsep berkenaan akan turut dikenakan untuk ibadah haji bagi golongan berkenaan.

Katanya, walaupun bantuan kewangan haji kepada B40 akan ditambah, namun kumpulan T20 tidak akan menerima tambahan bantuan serta subsidi daripada kerajaan.

"Mereka harus belanja kos haji itu sepenuhnya kerana mereka dalam kalangan yang mampu," katanya.

Pada 15 Mei lalu, Anwar pernah memaklumkan kerajaan berkemungkinan bakal tidak memberikan lagi kemudahan subsidi kepada isi rumah yang menggunakan elektrik pada jumlah yang sangat tinggi.

Beliau berkata, tahap pengggunaan elektrik tinggi yang tinggi itu umpamanya membabitkan rumah dengan penggunaan sehingga tiga kipas dan empat penyaman udara. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram