[VIDEO] Pagi-pagi dah buat hal, lelaki ditangkap cuba pecah masuk kedai emas dekat pasar Tawau


  • Tular
  • Isnin, 22 Mei 2023

Tangkap layar video memaparkan sekumpulan lelaki memegang seorang individu dipercayai cuba mencuri di kedai emas di Tawau pada pagi Isnin.

SEKUMPULAN penduduk di Tawau menangkap lelaki dipercayai mencuri di sebuah kedai emas berdekatan pasar di Tawau, Sabah kira-kira pukul 8.50 pagi pada Isnin.

Kejadian tersebut dirakam oleh penduduk sekitar memaparkan suspek dibawa oleh beberapa orang lelaki dipercayai ingin membawanya ke balai polis berhampiran.

Video tular berdurasi 15 saat itu turut memaparkan sekumpulan penduduk termasuk kanak-kanak turut berarak sama ke balai polis berhampiran.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek dipercayai memecahkan rak kaca dalam kedai menggunakan tukul besi dan mengambil dua utas rantai emas bukan tulen sebelum melarikan diri.

Bagaimanapun, katanya, lelaki berusia 30-an itu berjaya ditangkap oleh orang awam di tempat kejadian.

"Hasil siasatan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan bebas daripada penyalahgunaan dadah.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan dan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tawau pada Selasa untuk mendapatkan perintah reman di bawah Seksyen 117 Kanan Prosedur Jenayah," katanya.

Selain itu, Jasmin berkata, suspek akan turut disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/1963 kerana individu terbabit merupakan warga asing yang masuk ke Malaysia tanpa dokumen perjalanan yang sah. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram