'Malaysia bukan Jepun', fans bimbang rugi besar jika biar bintang berhijrah ke luar negara


  • Podium
  • Rabu, 24 Mei 2023

Safawi masih gagal untuk mendapatkan prestasi terbaiknya ketika melalui tempoh pinjaman ke Ratchaburi FC baru-baru ini. — Facebook/Ratchaburi FC SEJAK berhijrah ke kelab Thailand, Ratchaburi FC secara pinjaman awal Januari

BERITA mengenai minat ditunjukkan kelab luar terhadap pemain bola sepak negara sememangnya menjadi perhatian peminat bola sepak tanah air.

Malah, sejak dahulu lagi, penghijrahan pemain tempatan untuk berkelana ke kelab di negara luar khususnya ke Eropah dan Asia disifatkan sebagai satu pencapaian memberangsangkan kepada bola sepak negara.

Ini kerana perkembangan itu dilihat secara langsung menggambarkan negara kini mampu melahirkan bakat diingini kelab luar, terutamanya di negara yang ranking bola sepaknya lebih tinggi.

Baru-baru ini, beberapa bintang negara yang sedang meningkat naik mula dikaitkan dengan kemungkinan perpindahan untuk beraksi di liga utama gergasi bola sepak Asia.

1689713

Antara nama disebut-sebut sedang diintai ialah tonggak serangan muda Johor Darul Takzim (JDT), Arif Aiman Hanapi dikaitkan dengan perpindahan ke kelab yang menghuni tangga teratas liga Korea dan kelab Liga Jepun, Kashiwa Reysol.

Di samping itu, terdapat juga desas-desus bahawa pemain yang baru mencecah usia 21 tahun itu dikatakan sedang dipantau ejen daripada Eropah.

Pada masa sama, yang terbaru, seorang lagi bintang utama skuad kebangsaan, Faisal Halim, 25, difahamkan sedang dirisik oleh kelab beraksi di K-League 1, Incheon United dan Suwon Samsung Bluewings.

Dengan aksi positif dipamerkan pemain sayap kanan itu semasa bersama Harimau Malaya dan Selangor FC, minat ditunjukkan itu tidaklah mengejutkan.

Meskipun ramai pihak berpendapat perkembangan itu sebagai sesuatu yang positif, terdapat juga peminat melihat ia berpotensi menjejaskan tahap peningkatan bola sepak negara.

Menurut seorang peminat bola sepak negara wafiyyyyy, Malaysia ketika ini belum mempunyai kapasiti sama seperti negara gergasi bola sepak Asia, Jepun yang mampu membekalkan bakat terbaik mereka untuk beraksi di kelab luar.

"Jepun ada sistem pembangunan yang sangat bagus. Tidak hairan mereka boleh supply pemain ke luar negara. Paling terbaik diantara yang terbaik akan menyinar.

"Jangan la banding terus Malaysia dan Jepun. Kena berpijak di bumi nyata," katanya.

2003666

Kogileswaran ketika beraksi bersama Chungbuk Cheongju FC pada musim ini. — Agensi

Ujar wafiyyyyy, lebih merisaukan mengenai perkembangan tersebut adalah kemungkinan risiko pemain yang berkelana itu mengalami kesukaran mendapatkan prestasi sebenar sehingga menjejaskan perkembangan karier mereka.

"Cuba bayang, kita ada seorang pemain terbaik di Malaysia tetiba kita push dia main luar negara dan pemain tersebut gagal dan bila balik susah nak perform. Hilang permata, no back up," jelasnya.

Kebimbangan dilahirkan wafiyyyyy itu dilihat bukanlah tidak berasas.

Ini kerana sudah terdapat beberapa pemain muda negara sebelum ini yang dihantar ke luar negara untuk memperkembangkan karier mereka gagal, namun memenuhi potensi diharapkan.

Lebih menyedihkan, kebanyakan daripadanya gagal untuk mendapatkan kembali mendapatkanb momentum positif prestasi yang pernah ditunjukkan sepulangnya mereka ke dalam negara.

1902734

Nazmi berjaya mengikat kontrak tiga tahun bersama S.C Beira Mar pada 2012. Agensi

Antara beberapa pemain yang pernah mengalami episod sedemikian ialah Wan Zack Wan Haikal yang berkelana di Jepun bersama FC Ryukyu; Hadi Fayyadh (Fagiano Okayama dan Nazmi Faiz Mansor di Portugal (Beira-Mar).

Pada masa sama, kedua-dua pemain bintang muda negara baru-baru ini beraksi di luar iaitu Safawi Rashid yang bermain di Thailand dengan Ratchaburi FC dan Kogileswaran Raj di Korea Selatan (Chungbuk Cheongju) masing-masing juga bergelut untuk mendapatkan prestasi terbaik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram